INFO RASA: MANFAAT BUAH BELIMBING BESI
1. SUMBER VITAMIN C
Buah belimbing besi mempunyai sumber vitamin C yang baik juga
mengandungi zat besi dan zat kapur. Rasanya pula manis dan menyegarkan.
2. MENURUNKAN KOLESTROL
Buah belimbing muda mampu menurunkan kolestrol dalam badan. Pektin yang
terdapat pada sel belimbing mampu mengikat kolestrol dan asid hempedu
dalam usus serta mendorong pengeluarannya.
3. MENURUNKAN TEKANAN DARAH TINGGI
Air perahan buah belimbing dapat mencegah tekanan darah tinggi dan memastikan ia selalu berada dalam keadaan yang normal.
4. MEREDAKAN PENDARAHAN
Di India, buah belimbing yang masak digunakan untuk menghentikan
pendarahan manakala buah velimbing yang dikeringkan dikatakan mampu
merawat demam panas.
5. MERAWAT MASALAH MUNTAH-MUNTAH
Air rebusan buah dan daun belimbing elok diminum untuk mengatasi masalah muntah-muntah.
6. MERAWAT SAKIT KEPALA
Ramas daun belimbing dan tampalkan dibahagian dahi. Petua ini dikatakan dapat menghilangkan sakit kepala.
Info- Majalah RASA
1 comment:
Slm
Post a Comment