Pages

Followers

Friday, January 16, 2015

APAM KAMPUNG


APAM KAMPUNG:
31/2 cwn tpg gandum
1 cwn tpg beras
11/2 cwn gula(boleh kurangkan sebab manis)
21/2 cwn air pandan
secubit garam
1 paket mauripan
**kelapa parut+garam -untuk sajian nanti**

-blend semua bahan hingga sebati
-masukkan yis dan tekan 2-3x blender tu
-masukkan kedlm loyang yg telah disapu minyak
-perapkan seketika (ikut resepi asal 2 jam tp SH perap 40minit ja)
kukus 45minit atau hingga masak
-sejukkan dan potong. gaulkan dgn kelapa parut
-siap
-----SELAMAT MENCUBA------

TALAM CEMPEDAK


TALAM CEMPEDAK:
lapis bawah:
+-10 ulas isi cempedak yg saiz kecik je=1/2 cwn
1 cwn tepung beras
2 sbsr tpg kastad
1/2 cwn gula (manis2 buah gitu)
3 cwn santan cair.nk sedap..boh yg pekat ja
*secubit garam-xletak pun xper to sy letak
-semua diblend hingga halus dan dikacau sekejap atas api yg sederhana.
-masukkan kedlm loyang yg disapu minyak dan kukus
lapis atas:
1 cwn tpg beras
3 cwn santan pekat
secubit garam
-kacau kejap atas api
-cakar2 sedikit lapisan bawah
-tuangkan bahan atas keatasnya
-dan sambung kukus hingga masak
-sejukkan baru dipotong
-siap
---SELAMAT MENCUBA---
— with Roha Arafi, Zainon Naspar, Rahimah Johari Johari and 27 others.

LEPAT UBI KAYU


LEPAT UBI KAYU:
1/2 kg ubi kayu parut-toskan dgn kain nipis
1 cwn santan pekat>>
1/2 cwn air >>>>>> satukan keduanya
4 skop gula atau sampai manis(blh rasa dulu)
1 keping gula melaka-dadukan
secubit garam
daun pisang secukupnya
caranya:
-gaulkan ubi parut, garam, gula dan santan dlm 1 bekas.
-cuci daun pisang dan lap bg kering
-sendukkan adunan keatas daun pisang dan aturkan 2-3 ketul gula melaka.
-bungkuskan
-kukus hingga masak
-siap
---SELAMAT MENCUBA---
— with Kak Emma, Fatimah Sa'at, Mai Zura and 38 others.

KASUI


KASUI:
2 cwn tepung gandum
1/2 cwn tepung ubi
3/4 cwn gula perang(asal- 1 cwn g putih)
1 cwn gula merah
41/2 cwn air(asal-4 cwn)
sedikit air kapur
**kelapa parut putih+garam-kukus-untuk digaulkan dgn kasui nanti.
CARANYA:
-blend semua bahan dan tapis.
-kacau sekejap diatas api yg kecil.
-tuangkan kedlm loyangyg sudah disapukan dgn sedikit minyak.
-kukus hingga masak
-sejukkan. gaulkan dgn kelapa parut bila nak dihidangkan. siap
--SELAMAT MENCUBA--
— with Harini Hasan, Kak Emma, Gee Fauziah and 20 others.

APAM KELADI


apam keladi:
3/4 cwn gula pasir
200ml air
2 cwn tepung beras
1 cwn keladi yg dah rebus dan lenyek
250ml santan
1 cwn tepung gandum
1 steh yis segera
1 sterh baking powder
secubit garam
sedikit pewarna unggu(keladi)
caranya:
blender semua bahan dan perapkan 1 jam dlm bekas yg besar sebab adunan ni akan naik berganda.
bila dah 1 jam atau lebih, panaskan kukusan. sapukan minyak pd acuannya( sy guna acuan koswi). tuangkan adunan kedlm acuan dan kukus 15 dengan api yg besar dan pastikan air dlm kukusan tu banyak.
siap.
--selamat mencuba--

Monday, January 12, 2015

DUMLING- Rosnah Abu Bakar.

DUMLING.
Bahan2nya
1 peket kulit dumpling (di pasaraya Giant ada jual)
Bahan2 untuk intinya :
1 cawan isi ayam di potong kecil
1 cawan kacang pol (dalam tin) - di pecah2kan sedikit
1 labu bawang besar saiz sedang
1-2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 sudu makan Arabic Spice (Kak Ros guna rempah asli dari Kuwait order dari sahabat FB)
1 sudu teh serbuk lada hitam kasar
1 biji cili hijau di potong dadu.
sedikit minyak masak untuk menumis.
sedikit garam
CARA :
1. Panaskan kuali dan tumis bawang hingga layu dan masukkan rempah arab,ayam dan kacang pol.. Tambahkan sedikit air dan masaklah hingga pekat dan secukup rasa untuk di buat inti.
Inti ini juga boleh dimakan bersama roti...
CARA BUAT DUMPLING
1. ambil kulit dumpling isikan dengan ini dan buat separuh bulat macam kuih karipap dan satukan tepinya.. Kemudian tolak dengan kedua jari ke atas dan kebawah...
2. Susun dalam pengukus dan kukuslah setelah air kukusan mendidih selama 7-10 sahaja hingga masak..
3. Bila agak sejuk keluarkan dari kukusan dan bolehlah di hidangkan...
Rupa mu buruk tapi rasa mu sedap...hehe xde sapa nak puji..hihihi

ANGEL HAIR SPAGETTY BERSOS LADA HITAM- Rosnah Abu Bakar

ANGEL HAIR SPAGETTY BERSOS LADA HITAM CARA KAK ROS
Resepi..
1/3 peket angel hair - di rebus selama 2 - 4 minit. Ketepikan..
KUAHNYA:
2 ketul ayam bahagian tulang
5 batang frankfurter Brand Ramli - potong ikut suka/di potong serong)
1 labu bawang besar - potong dadu
2 ulas bawang putih - cincang halus
2 cm halia - cincng halus
4 biji sili api di belah pangkalnya
minyak masak /minyak zaiton untuk menumis - (Kak Ros guna minyak zaiton)
2 sudu teh tomato paste -(Product dari Turki beli di kedai Arab)
2 sudu rempah Arab - (order by Lydia Honey )
sedikit sos tiram
sedikit tomato sos
1 sudu teh serbuk lada hitam kasar
garam dan serbuk perasa jika suka
Air secukupnya.

2 sudu besar cooking cream (gantikan santan pun boleh)

  1 sudu makan tepung jagung (Untuk memekatkan kuah)
Hiasan
3 tangkai bayam - di celur berasingan
1 biji tomato
2 sudu besar jeruk buah zaiton
2 sudu makan kacang pol (tin produk arab)
CARA:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang2 semua hingga wangi.
2. Masukkan tomato paste, sos tomato, rempah arab dan lain-lain hingga ayam empuk. Tambahkan air. Masukkan sosej . Masaklah hingga elok masak dan rasa garam .
3. Akhir sekali masukkan tepung jagung yang di bancuh bersama air untuk dapatkan kuah yang pekat.
4. Bila masak bolehlah di hidangkan..
SELAMAT MENCUBA