Pages

Followers

Monday, January 12, 2015

DUMLING- Rosnah Abu Bakar.

DUMLING.
Bahan2nya
1 peket kulit dumpling (di pasaraya Giant ada jual)
Bahan2 untuk intinya :
1 cawan isi ayam di potong kecil
1 cawan kacang pol (dalam tin) - di pecah2kan sedikit
1 labu bawang besar saiz sedang
1-2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 sudu makan Arabic Spice (Kak Ros guna rempah asli dari Kuwait order dari sahabat FB)
1 sudu teh serbuk lada hitam kasar
1 biji cili hijau di potong dadu.
sedikit minyak masak untuk menumis.
sedikit garam
CARA :
1. Panaskan kuali dan tumis bawang hingga layu dan masukkan rempah arab,ayam dan kacang pol.. Tambahkan sedikit air dan masaklah hingga pekat dan secukup rasa untuk di buat inti.
Inti ini juga boleh dimakan bersama roti...
CARA BUAT DUMPLING
1. ambil kulit dumpling isikan dengan ini dan buat separuh bulat macam kuih karipap dan satukan tepinya.. Kemudian tolak dengan kedua jari ke atas dan kebawah...
2. Susun dalam pengukus dan kukuslah setelah air kukusan mendidih selama 7-10 sahaja hingga masak..
3. Bila agak sejuk keluarkan dari kukusan dan bolehlah di hidangkan...
Rupa mu buruk tapi rasa mu sedap...hehe xde sapa nak puji..hihihi

No comments: