Pages

Followers

Thursday, September 4, 2014

KHASIAT PEGAGA


INFO RASA: KHASIAT DAUN PEGAGA

Pegaga kaya dengan zat seperti protein, zat besi, vitamin A dan vitamin C. Di Malaysia terdapat beberapa jenis pokok pegaga seperti Pegaga Cina atau Pegaga Nyonya (biasanya berdaun kecil), Pegaga Daun Lebar, Pegaga Embun, Pegaga Kelantan, Pegaga Renek, Pegaga Salad, Pegaga Gajah dan Pegaga Brunei

Amalan memakan pegaga dipercayai boleh mengekalkan awet muda dan mengelakkan masalah kegemukan. Ia juga mempunyai kelebihan dalam memberi kesan terus kepada masalah tekanan darah rendah bahkan sering dijadikan sebagai ubat tradisional untuk mengembalikan keserian wajah.

Dari sudut perubatan misalnya, pegaga telah digunakan sejak zaman dahulu kala khususnya dalam sistem perubatan yang mengamalkan kaedah Ayurvedic di India dan kaedah perubatan Cina. Di negara India misalnya, pegaga digunakan dalam perubatan tradisional sebagai tonik yang mampu menguatkan daya ingatan dan mengubati penyakit nyanyuk. Manakala bagi masyarakat Cina pula, pegaga dijadikan penawar untuk mengubati sakit kuning, selesema, keracunan cendawan dan gigitan ular.

Sesuai dengan kebaikannya, pegaga sebaik-baiknya dijadikan ramuan dalam masakan seharian. Menjadikannya sebagai ulam dan jus adalah cara terbaik untuk anda menikmati khasiat pegaga ini.

No comments: