Followers
Wednesday, June 13, 2012
Pertandingan Pantun Ta'aruf
Pertandingan menulis Pantun bermula 4.6.2012 sehingga 7.6.2012..pemenang akan dipilih berdasarkan pilihan LIKE paling banyak. setiap orang boleh menghantar 2 pantun sahaja. Pemenang akan diumumkan oleh Admin dan hadiahnya disediakan oleh Puan Norlida Hisham.
Hadiah2nya :
1. Handphone bernilai rm88
2. Speaker rm 60
3. Headphone rm40
4. Starter pack celcom rm10
5. Starter pack maxis rm8.80
6. 3 keping topup rm5 untuk 3 org
*admin jual pantun dan para pemantun menjawab pantun yang dijualnya..pantun jawapan dari para pemantun memerlukan like dari para chatter yang lain..pemilik pantun/admin/penyumbang hadiah tidak layak untuk LIKE pantun peserta..
Pantun Pemula Asmah Hashim
Anak ayam terkedek-kedek
Anak penyu celah kayu
ada hati nak masuk meminang
tapi orang tak mahu...
* Sila Jawab dan sambung ...pemenang akan ditentukan dengan LIKE yang paling banyak..
Pantun dari para peserta ;
1. Eyta Memet
>Mari makan yong taufu
makan brsama anak pak mat
antar meminang orang tak mahu
mungkin bg hantaran murah sangat
>>adik duduk di atas bahu
smbil menonton cerita lucu
antar meminang org tak mahu
igatkn dpt datuk kaya rupanya datuk bercucu
2. Milah Bakar
>Tanam pinang rapat2
biar senang puyuh berlari
ku pinang 2 x dapat
aku x pujuk lagi terus ku bawa lari
3. LadyItis Ov
>Beli sayur ketika mekar
Lalu direndam ketika hijau daunnya
Bertawakallah serta berikhtiar
Semoga Allah Swt restui penunjuk jalannya
>>Strawberry dipetik dipagi hari,
Blueberry biru dibuat jus pati
Apa gerangannya hajat dihati
Persilakanlah memijak keteratak kami...
4. Salmah Haron
>menimba ilmu didlm rimba,
ilmu dituntut dgn pendita,
apakan daya aku hanya wanita,
melanggar adat perigi cari timba.
5. Aini Radzie
>kuselit harum kuntum melati..
dibawa bersama buah keranji..
dahulu bersumpah sehidup semati..
mengapa kini kau mungkiri janji.
>>asal kapas menjadi benang..
benang bawa ke Inderagiri..
jika abang tak jadi meminang..
biarlah saya membawa diri..
6. Yusnizah Mohd Bachalan
> aduh mak aiiii sakitt nyer gigi...
bengkaknyer sampai tersembul gusi...
aku x hingin aku x sudi...
dah x payah lah cari aku lagiiiiii....
>>beramai2 mencandat sotong...
sampai berlaga dgn si tekong...
dapat sotong mulut terlopong...
kesianyer xdapek den nk nolong
7. Norsiah Mohd Nor
>ANAK AYAM TERKEDEK KEDEK
ANAK PENYU CELAH KAYU
BUKAN AKU TAK BERKEHENDAK
HANG YG TAK UCAP I LOVE U
>>MAWAR MERAH MEKAR BERKEMBANG
DURI DI DAHAN PELINDUNG DIRI
SUDAH KU BILANG BININYA ORANG
ENGKAU YANG ANGAU TERMIMPI MIMPI
8. Lela Tugiron
>TIDAK CEREWET ITULAH SAYA
GEMAR MAKANAN PEDAS BERLADA
HENDAK KU TERIMA APAKAN DAYA
BILA TERSENYUM GIGI TAK ADA.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment