Pages

Followers

Sunday, October 28, 2012

Asmah Hashim


~KEK LAPIS BOOK & Asam Manis ( asam duit-duit)

bahan:
10 biji telur gred A
1 gelas gula halus ( ct guna 1 cwn penuh)

16 oz mentega (guna lh krg 450gm je)
2 gelas tpg hongkong/tepung naik sendiri ( 2 cawan penuh)
1 sudu ovellete
1 bungkus horlick kecil ( 200gm)
1 tin tinggi susu pekat manis ( 505gm )
1 sudu teh esen vanilla


cara:
1.pukul mentega dan gula hingga kembang dan putih
2.masukkan telur satu persatu.gaul rata..
3.masukkan susu manis, tpg hongkong,ovellete, dan horlick.gaul rata.
4.masukkan esen vanilla.pukul sebati.
5.bakar 5 sudu makan setiap lapisan hingga habis...
6.lapisan pertama bakar api atas bwh api 140c slma 10 min atau sehingga masak..lapisan kedua dan seterusnya bakar guna api atas ..dan lapisan terakhir guna lg api atas dan bawah utk memastikan msk keseluruhan nya..
setiap lapisan hendak lah d tekan utk memastikan tiada gelembung dan akan membuat kan lapisan nampak cantik dan padat..

** suhu oven bergantung pd oven masing2...selamat mencuba yer kawan..pasti x nyesal sbb mmg sedap..


Resepi:-Ct Zarith & June Ahmad..

Hidangan:AsmahAsmah Hashim

ASMAH HASHIM


Inilah rupanya Kek Chiffon Layer pandan sebelum di potong..

KEK CHIFFON LAYER PANDAN

BHN:
6 biji telur ayam --asing putihnya
300gm gula halus
1/4 cawan minyak jagung
240gm tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
1 cawan santan pekat - guna susu cair je
10 helai daun pandan --blend ambik patinya di campurkan dlm santan jadikan secawan

* kalau malas blend daun pandan pakai je esen pandan dan pewarna hijau epal, beginilah jadinya...

CARA:
1- Pukul 1/2 sukatan gula dengan kuning telur hingga putih warnanya,masukkan minyak jagung dan pukul lagi

2- Masukkan santan yang telah dicampur dengan pati pandan dan garam.

3- Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder sedikit demi sedikit hingga habis sambil digaul rata.

4- Dalam bekas lain pukul putih telur hingga kembang kemudian masukkan baki gula halus dan pukul lagi hingga betul2 pekat - kalau terbalikkan tu tak jatuh ler..

5- Campurkan adunan tepung tadi ke dalam putih telur sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan guna spatula
satu arah sahaja.

6. Masukan ke dalam bekas yang anda suka dan bakar mengikut suhu oven masing-masing, jangan terlalu panas, saya bakar dalam suhu 170 ' c....

LAYER PANDAN:-

100 gram tepung hoen kwe
susu cair 1200 ml
1 cawan gula pasir

Caranya:

Campurkan semua bahan masak atas dapur dengan api kecil sampai pekat .

Bila dah siap semua mulalah melapiskan. Saya hanya potong dua kek itu. Takut juga pada mulanya sebab ikut resepi kena letak serbuk agar-agar, oleh kerana tidak baca resepi sampai habis maka hanya letak tepung hoew kiew itu sahaja, Nasib baik jadi. Lepas melapis jangan lupa simpan dalam peti sejuk lagi lama lagi baik...selama mencuba ya

Resepi Chiffon Kek Pandan:Mai Zura
Hidangan:Asmah Hashim..