Pages

Followers

Wednesday, December 3, 2014

Aneka Resepi daripada Mai Zura













ROTI NAIK PAHANG




ROTI NAIK PAHANG ( resepi dari TOK MAK)

Resepinya:-
Bahan-bahannya:-

1 biji telur
2 sudu besar susu pekat manis
3/4 cawan gula ( saya letak gula pasir)
2 sudu besar Marjerin
1 sudu kecil sortening
1 sudu kecil  Bread Softener
2 sudu kecil ibu roti @ Mauripan
500 gm tepung gandum cap sauh

*300 Ml air - air ni dah dicampurkan sekali telur dan susu manis jadi 300 ml air.
1 sudu besar susu tepung sebarang jenis

Caranya:-

cara membuatnya saya ikut cara saya sebab dalam resepi yang saya ambil awal hanya ada cara menggunakan Bread Maker..( tak ada ) kenalah uli dengan tangan.

1.Tepung, ibu roti, gula di satukan.
2.masukkan shortening, marjerin dan gaul lagi sehingga sekata.
3.masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sampai menjadi doh, uli lagi, hempas, banting apa sahajalah asalkan ulinya menjadi gebu dan lembut, tidak melekit lagi.
4. Perap 1 jam biar naik sekali ganda
5. setelah sejam uli lagi, tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin...buat bentuk ikut suka kawan-kawan...saya perap lagi sejam..dia naik hampir penuh loyang..suka tengok .
6. sedia dibakar sehingga masak.  Biar cukup garing ya...  baru rotinya cantik dan elastik.

COKLAT MILO CREPE- ROSNAH ABU BAKAR

Chocolate Milo Crepe
By : Mimi Norsila
Rujukan : Kesayanganku Kehidupanku
Bahan :
- 100g tepung gandum
- 100g tepung ubi
- 50g tepung jagung
- 50g tepung kastard
- 200ml susu cair
- 600ml air biasa
- 4biji telur A
- 5sdb gula
- 5sdb minyak masak (saya terlupa nak letak)
- 2sdb serbuk koko
- 1sdt choc emulco
- sedikit esen vanila
- sedikit pewarna brown ( saya tak letak )
Cara-Cara
1. Campurkan semua bahan-bahan tepung gandum,tepung ubi, tepung jagung, tepung kastard,susu cair,air biasa,4 biji telur,gula, minyak masak,serbuk koko, choc emulco,esen vanila & pewarna coklat.
2. Kacau sampai sebati menggunakan whisk.
3. Tapis dan masak atas kuali leper.
Filling
-Whiping Cream (Value Pride) *my choice ^__^
-Soft chocolate/chocolate spread ( saya guna coklat masakan )
-Milo
Cara-caraFilling
1. Pipe kan cream>Soft chocolate>Milo>Soft Chocolate
2. Tutup balik dengan Whiping cream
3. Kemudian lipat kulitnya.
p/s : rasanya masih sedap walaupun saya tidak mengunakan resepinya 100 peratus.

Friday, November 28, 2014

KEK OREN/PISANG BLENDED- ASMAH HASHIM


Hari ini rajin terlebih. Pagi-pagi lagi sudah buat kek mudah yang tidak memerlukan pengadun kek, hanya menggunakan blender. Inilah Kek Oren/pisang Blended Cerita Kehidupan. Jom kita kongsi resepinya ya.
Bahan-bahan
2 biji pisang berangan yang agak besar
1 biji buah oren
1 cawan minyak
1 cawan gula
4 biji telur saiz A
* semua bahan ini diblend sehingga halus.

2 cawan tepung naik sendiri.
1 sudu teh soda bikarbonat.
*diayak bersama.
p/s: Atasnya saya letak potongan kurma.
Caranya
1.Panaskan oven 180' celcius
2.Bahan-bahan blend di masukkan ke dalam tepung yang sudah diayak dengan soda bikarbonat. Kacau sehingga sebati.
3.Gris loyang, masukkan adunan ke dalam loyang dan sedia dibakar.
4. Bakar sehingga masak.
Selamat mencuba.

Friday, November 21, 2014

TEPUNG TALAM JAGUNG TOLONG CARI SUAMIKU- ASMAH HASHIM


Rupaku tak cantik, tapi rasaku sedap.
Tepung Talam Jagung TOLONG CARI SUAMIKU!
Lapis bawah
Panaskan pengukus
1 cawan jagung mentah
2 1/2 cawan santan
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula.
Campurkan semuanya dan masukkan dalam talam, dan kukus sehingga masak
Lapis atas
1 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan santan pekat
Garam cukup masin
Tambah sedikit gula untuk seimbangkan rasa masinnya.
Bila lapis bawah sudah masak elok, masukkan lapis atas. Jika suka keras sedikit tepung talamnya, tambah sedikit lagi tepung pada setiap adunan.
Oleh kerana suaminya tak muncul-muncul, tepung talam buatan Mastura jadi tak berapa cantik, maklumlah hati sedang galau. Mastura seorang isteri yang baik, walaupun mertuanya tak suka, dia tetap cuba berbaik. Orang tua tetap orang tua, perlulah dihormati. Setiap hari Mastura sediakan makanan kegemaran Ashraf, air tangan isteri bukankah pengikat kasih. Ke mana suaminya menghilang? Kenalah dapatkan buku ini. Selamat mencuba dan membaca.

APAM PISANG AKU TURUT BAHAGIA - ASMAH HASHIM


APAM PISANG AKU TURUT BAHAGIA
Panaskan kukusan
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
- diayak bersama

1 cawan pisang berangan yang telah siap dilenyek
1 cawan minyak masak
1 cawan gula
3 biji telur
- diblender sehingga sebati dan gulanya hancur.
Campurkan kedua-dua bahan dan kukus sehingga masak.
Tentu Ummi Khadeeja telah masak resepi ini. Amir Hudzaifa apa lagi bertambah sayanglah kepada isteri tuanya. Isteri muda? Masak pun tak pandai, belajar tak mahu, berlagak sahaja yang lebih. Kalau hendak tahu Ummi Khadeeja pandai memasak atau tidak, jom dapatkan buku AKU TURUT BAHAGIA dan selamat mencuba resepi apam pisang yang lembut dan gebu ini; Perkongsia dari seorang kawan di grup masakan. Sudah lupa pula namanya. Memang lembut betul.

Thursday, November 20, 2014

ROTI KENTANG- SALMAH HARON


ROTI KENTANG:
bahan2 untuk roti:
300gm tpg roti
2 steh instant
3/4sb susu tepung
secubit garam
50-60gm gula caster@gula halus
60gm kentang rebus yg dilenyek
1/2 bj telur-1/2 lg buat sapu atas roti nanti
135ml air sejuk dari peti sejuk
30gm mentega

Bahan untuk kastad:
1sb t gandum
1sb t kastad
4sb gula caster
1cwn susu segar
1 bj telur
secubit garam
1 sb mentega/butter

caranya-untuk doh roti:
-satukan semua bahan kecuali air, mentega dan garam
-putar hingga rata dan sebati
-masukkan mentega/butter dan putar lagi, perlahan2 masukkan air sedikit demi sedikit
-bila dah menjadi doh, masukkan garam dan uli hingga jadi doh yg elastik.kalau lembek, tambahkan sdikit tepung
-bulatkan adunan dan tutup
-simpan selama 1 jam

cara membuat kastadnya:
-satukan semua bahan dalam bekas tahan panas kecuali mentega/butter
-kacau rata menggunakan whisk dan tapis
-masak dgn cara double boil hingga pekat dan berkilat.
-alihkan dari double boil dan masukkan mentega dan kacau rata hingga sebati
-tutup dgn plastik eling unt elak permukaannya menjadi keras.--ketepikan

untuk Roti Kentang:
-keluarkan doh dan tumbuk2 .
-timbang 40gm untuk 1 bj roti
-bulat2kan dan susun dlm loyang yg disapukan dgn butter
-biarkan naik, kemudian sapukan dgn telur
-isikan kastad kedlm piping bag dan picitkan keatas roti
-patent ikut suka hati kita
-bakar hingga masak
-siap

- - -SELAMAT MENCUBA-

Friday, November 14, 2014

BINGKANG GANDUM PANAS - ROSNAH ABU BAKAR


BENGKANG GANDUM PANDAN

3 cawan tepung gandum
11/4 cawan gula (ikut manis)
7 helai daun pandan di blend dengan 2 cawan air
2 cawan santan pekat (Kak Ros masukkan dalam jug penyukat - santan + air daun pandan jadikan sukatanya 4 cawan)
4 biji telur - di buang pusatnya supaya tidak hanyir ( di kocak rata dengan garfu)
Sedikit garam
Sedikit pewarna hijau jika suka (kak ros bubuh 2 titik je)

CARA:

1. Dalam mangkuk gaulkan gula dengan tepung gandum .Lubangkan di tengahnya dan bancuh dengan telur dan air pandan+ santan tadi.

2. Adunan ini kak ros kacau sekejap atas api dalam periuk yg tidak melekat hingga pekat . Kemudian baru di masukkan kedalam loyang yang di bubuh sedikit minyak/mentega/minyak sapi.(mana2 pun boleh). Taburkan bijan di atasnya. Masukkan kedalam oven..

3. Panaskan oven 200C mengikut kepanasan oven masing2. Kak Ros punya dapur gas biasa je lama punya Takde api atas pun... Tadi kak Ros bakar selama 11/2 jam baru elok gareng di atasnya..

4. Kuih ni lembik sedikit tapi setelah sejuk esok baru cantik di potong. Tak suka jika keras kuih ni.

SELAMAT MENCUBA...

SOTO-SALMAH HARON

SOTO: Resepi ni ikut cara SH sendiri
Sup Soto:
1 ekor ayam-belah 2 buang kulitnya
1 btg serai dititik
beberapa helai d. limau purut
2++kole air sejuk biasa
11/2 sudu gula
secubit garam
minyak untuk tumis
bahan untuk kisar:
2 btg serai
2 bj bwg besar
4 ulas bwg putih
halia-agak2
3 bj buah keras*optional
2-3 sb rempah soto
kayu manis, pelaga, bunga lawang
cara membuat kuag soto:
-panaskan minyak dan masukkan bahan kisar
-masak hingga naik bau, masukkan air dan serai titik
-bila mendidih, masukkan ayam, daun limau, gula, garam
-renehkan hingga masak
-angkat ayam dan kitai2/siat2

Dihidangkan bersama:
nasi himpit/me kuning/bihun atau nasi lembek(bubur nasi kosong
hirisan daun sup/bawang
bawang goreng
bagedil
sambal cili padi
tauhu goreng*optional
- - - -SELAMAT MENCUBA- - - -

CHICKEN PIE - SALMAH HARON


CHICKEN PIE:
untuk kulit pie:
500gm tpg gandum
200gm butter cair/lembut
100ml yogurt (susu cair+jus limau)
1 kuning telur
1 sk gula
secubit garam
-masukkan tepung, gula, garam dan kuning telur kedlm
mangkuk -gaul rata dan masukkan butter-gaul lagi hingga rata
-akhir sekali masukkan yogurt dan uli hingga menjadi doh yg lembut..kalau xlembut jg...pandai2 la yer
-simpan doh kedlm peti ais selama 1/2jam. sh letak semalaman

Bahan2 Untuk Filling:
500gm isi ayam-potong dadu
1btg karot didadu
1bj capsicum hijau-sh letak 3 warna sekali-merah dan jg kuning..bagi lagi meriah
1 bj bwg besar dadu
4 ulas bwg putih-cincang
120gm white mushroom-hiris
2 sb olive oil
serbuk lada hitam
daun sup*optional
1 kiub ayam/vegitable
bancuhan tepung jagung(4sb t jagung, 3sb air)

-panaskan olive oil dan masukkan bag putih..bila dah naik bau, masukkan isi ayam dan kiub ayam/vegi
-bila dah 1/2 masak, masukkan karot-gaul rata.
- masukkan bwg besar-biarkan hingga ayam masak
-akhir sekali masukkan mushroom, pepper dan capsicum-gaul rata.
-sesuaikan rasanya. kalau xcukup rasa masin, blh tambah garam
-tutup api dan masukkan daun saderi.

-penyediaannya:---- sebiji kuning telur dikocok unt sapuan

-tepung dikeluarkan dari peti sejuk lebih awal supaya kembali lembut seperti keadaan asalnya
-canaikan dan alas bekas yg nak digunakan untuk pie.
pastikan bekas yg boleh dibakar
-alas sekeliling bekas hingga rata
-masukkan fillingnya
-tutup dgn sekeping lagi adunan tepung yg dah dicanai
-hiaslah mengikut kreativiti sendiri
-sapukan kuning telur keatasnya
-bakar api atas bawah(suhu ikut oven sendiri)
-siap

**untuk lebih mudah membuat fillingnya, boleh gunakan mushroom sup yg dlm tin dan tambahkan sayur2an dan pepper **
- - - -SELAMAT MENCUBA

Wednesday, November 12, 2014

KEK COKLAT KARAMEL - CELYN RASHID


KEK COKLAT KARAMEL
resepi

KARAMEL
3 sudu bessar gula
Panaskan dlm loyang.biokan betuka color perang n gula hancur.api sdrhana.jgn smpi hangit nnti pahit.angkat biokan sejuk jap.

PUDING
1cwn susu cair
1cwn susu pekat
1sdth esen vanila
3bji kuning telo + 2bji telur
*blender  sehingga kembang.

~tuang dlm loyang yg berisi karamel.kukus 20 min.sampai masak, kalau hendak tahu cucuk dengan lidi.  Jika tidak melekat bermakna sudah masak.

KEK
1 cawan kokok
1cawan susu cair
1 cawan susu pekat * setengah pun boleh
1 cawan gula
1 cawan minyak
* masak sekejap di atas api, ketepikan biar sejuk sekejap

3bji telur
*blender jek senang.

1 3/4 cawan tepung gandum

1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
*ayak semua

campurkan semua bahan dan gaul sebati di dalam blender sahaja

Masukkan ke  dalam adunan puding yang sudah dimasak tadi.  Kukus lagi  30 minit sampai masak.  Sudah masak sejukkan sekejap barulah terbalikkan..
~dh masak sejukan jap bru tebalikan


SOTONG SUMBAT (KENTANG & TELUR) - CELYN RASHID


SOTONG SUMBAT(KENTANG & TELUR)GORENG KARI & SAYUR BENDI.
Guna stog budget jek.heheh.

resepi
Stog besihkan & tos(guna stog beso lg ok)

2bji kentang(rebus n lecek/tmbuk)
2bji telur(kocakan & goreng hancur)
~cmpurkn tmbh gram n lada sulah.
~sumbat dlm stog jgn penuh.kepitkn ngn lidi.
~lumur garam n kunyit kt stog .goreng jgn bnyk minyak.

Sayur bendi(ptog2)
Bwg mrah,pth,halia,lada bsah.(blendr semua)
Serbuk kari ikan
Bwang merah,lada & bwg ptih mayang.
~tumis bwag mayang,bhn blend .
~masuk rempah kari & air skit.
~masuk stog n bendi.perasakan.

ASAM PEDAS - SALMAH HARON

ASAM PEDAS:
bahan kisar-
2 bj bwg besar
3 ulas Bwg putih.
Sebatang serai
Seibu jari kunyit hidup
Sedikit belacan-bakar
Seibu jari asam jawa tanpa bj*nak lebih masam, lebihkan asam
Cili kering ikut pedas yg kita nak
Nak lagi pedas tambah cili padi merah dan sedikit lada hitam.
Sebj tomato
Bahan lain:
Sebarang jenis ikan
Tomato belah 4
Bendi, terung
Sedikit daun kesum, bunga kantan, serai dititik
Cili besar hijau-belah 2
Daun limau purut*optional
Garam secukupnya
air secukupnya
Minyak untuk menumis

Caranya:
-panaskan minyak , masukkan bahan kisar..kacau rata
-dengan api yg sederhana, biarkan rempah ini masak hingga pecah minyak.
-masukkan air ikut kepekatan yg kita nak. Biar mendidih
- masukkan ikan dan biar mendidih lg
-masukkan garam dan sayur2annya..
- reneh hingga pekat
-siap
-----SELAMAT MENCUBA-

NASI KACANG DAL- ROSNAH ABU BAKAR


450 gm Beras Basmathi - rendam 20 minit dan toskan.650 ml air1 cawan santan pekat3/4 cawan kacang dal direndam semalaman.
Bahan di kisar :
1" kunyit hidup1" halia1 labu bawang besar
1 " kulit kayu manis3 sudu minyak masak/sapi - ikut suka saya tak bubuh pun1/2 sudu teh garam2 helai daun pandan - disimpul
CARA :
1. Masukkan beras kedalam rice cooker.
2. Kemudian masukkan bahan di kisar, gaul rata..
3. Masaklah macam nasi biasa.
Mudah je.. Selamat mencuba!!

RESEPI AYAM MASAK CILI HIDUP
1/2 ekor ayam - dipotong n bersihkan2 helai daun pandan - disimpul1 batang serai di ketuk2 senduk cili kisar
Bahan di kisar:3 biji cili merah2 labu bawang besar4-5 ulas bawang putih1" halia
Bahan di tumbuk :
1 sudu makan rempah biji (ketumbar)1/2 sudu teh jintan manis
1/2 sudu teh rempah masala2-3 biji buah tomato dihiris
Minyak untuk menumisGaram dan serbuk perasa jika sukaDaun ketumbar /daun pudinaSedikit air limau nipis - diperah ambil jusnya

CARA :
1. Panaskan minyak dalam periuk tumis bahan penumis dan masukkan bahan2 dikisar dan yang di tumbuk tadi. Tumis hingga pecah minyak.
2. Masukkan ayam dan tomato yang dihiris dan rempah masala..
3. Masaklah hingga kuah agak pekat dan rasa asam garamnya.
Selamat mencuba ye!!

TERUNG MASAK GURDA1/4 cawan santan pekat2 biji terung di potong bulat2 biji tomato di potong bulatsedikit air asam jawa
- Terung dan tomato direbu hingga empok
Bahan untuk di tumis
bawang merah, bawang putih dan sedikit haliadaun kari1 sudu teh halba campur.

CARA :
1. Bila terung & tomato telah empok masukkan santan
2. Bila mendidih tuangkan bahan penumis beserta minyaknya sekali kedalam terung.
3. Gaul rata masaklah hingga pekat.

SELAMAT MENCUBA!!! - Resepi by Rosnah Abu Bakar

KEK APRIKOT- ROSNAH ABU BAKAR


KEK APRIKOT

1 cawan majerin pelangi
3/4 cawan gula custer
4 biji telur
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh bicabonate soda
1/2 sudu teh esen pisang
1 sudu makan susu pekat
2 sudu makan susu segar dlm kotak - dibancuh dengan susu pekat
1/2 cawan aprikot kering - dihiris
1/2 cawan kismis hitam
1/2 cawan badam cincang

CARA:

1. Pukul majerin & gula hingga kembang

2. Masukkan telur sebiji2 pukul lagi hingga sebati

3. Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder & bicarbonate soda ke dalam adunan majerin tadi berselang seli dengan susu dan bubuh esen pisang.. Kaup balik dengan mengguna senduk kayu sahaja.. Hingga sebati. Akhir sekali masukkan buah aprikot & kismis.. Tinggalkan sedikit untuk hiasan di atas kek.

4. Lenser acuan dengan majerin dan tabur tepung. Kemudian masukkan adunan dan tabur buah aprikot, kismis dan badam.

5. Masukkan dalam oven kepanasan 180C hingga masak lebih kurang 45 minit..

SELAMAT MENCUBA!! Recepi by Kak Ros

HOME MADE FATAYER- ROSNAH ABU BAKAR

http://lydiahoney2003.blogspot.com/2012/01/fatayer.html

TIRAMISU- ROSNAH ABU BAKAR


TIRAMISU
BAHAN-BAHAN
1 bungkus biskut ladyfingers/kek span/apa2 jenis kek pun(ikut suka)
250 gram cream cheese

250 ml UHT whipping cream
150 gram gula halus/kastor(boleh dikurangkan/boleh tambah mengikut citarasa masing2)cawan air panas(untuk bancuh nescafe,jangan tambah gula hokehhhh)
1 sudu besar serbuk nescafe(nak guna yg instant 3 in 1 tu pun boleh)

Serbuk koko untuk hiasan(tapi saya guna parutan coklat masakan)

CARA MEMBUATNYA
Satukan cream cheese,UHT whipping cream dan gula halus,pukul sehingga kemban
Celupkan biskut ke dalam bancuhan air nescafe dan susun dalam bekas sederhana besar(kalau x nak celup,susun biskut/kek kemudian tuang 1/3 air bancuhan nescafe tadi)
Kemudian sendukkan 1/3 bahagian cream cheese yang dipukul tadi dan tuang ke atas biskut dan ratakan
Ulang proses melapis di atas sehingga menjadi 3 lapisan
Bila semua dah habis dan bahagian atas disapu rata,bolehlah ditutup dan disimpan dalam peti ais beberapa jam
Sebelum dihidang,bolehlah ditabur dengan serbuk koko di atasnya mengikut kreativiti masing2
SUMBER RESEPI:(IZYAN MASTERCHEF 2)TERIMA KASIH BANYAK