Pages

Followers

Friday, September 26, 2014

KHASIAT BELIMBING

INFO RASA: MANFAAT BUAH BELIMBING BESI

1. SUMBER VITAMIN C

Buah belimbing besi mempunyai sumber vitamin C yang baik juga mengandungi zat besi dan zat kapur. Rasanya pula manis dan menyegarkan.

2. MENURUNKAN KOLESTROL
Buah belimbing muda mampu menurunkan kolestrol dalam badan. Pektin yang terdapat pada sel belimbing mampu mengikat kolestrol dan asid hempedu dalam usus serta mendorong pengeluarannya.

3. MENURUNKAN TEKANAN DARAH TINGGI
Air perahan buah belimbing dapat mencegah tekanan darah tinggi dan memastikan ia selalu berada dalam keadaan yang normal.

4. MEREDAKAN PENDARAHAN
Di India, buah belimbing yang masak digunakan untuk menghentikan pendarahan manakala buah velimbing yang dikeringkan dikatakan mampu merawat demam panas.

5. MERAWAT MASALAH MUNTAH-MUNTAH
Air rebusan buah dan daun belimbing elok diminum untuk mengatasi masalah muntah-muntah.

6. MERAWAT SAKIT KEPALA
Ramas daun belimbing dan tampalkan dibahagian dahi. Petua ini dikatakan dapat menghilangkan sakit kepala.

 Info- Majalah RASA

Thursday, September 18, 2014

BURGER

Resepi yang mudah dan menarik

Kredit: Majalah Rasa

ROTI TELUR DAN KEJU

Cara mudah menyediakan sarapan untuk keluarga...


Kredit: Majalah Rasa

KOPI AIS



Cara mudah menghidangkan KOPI AIS dengan sedikit kelainan.  Jom cuba!

LADA BENGGALA

KENALI KHASIAT LADA BENGGALA
INFO RASA: KENALI KHASIAT LADA BENGGALA

Lada benggala atau kapsikum merupakan sejenis cili berisi tebal yang tinggi khasiatnya. Ia kaya dengan vitamin C, vitamin A dan zat-zat besi seperti kalsium, fosforus, sodium, dan potasium.

Tidak hanya sarat dengan kebaikan, sayur ini juga membantu pengaliran darah dengan baik disamping memulihkan masalah sakit kerongkong.

Kapsikum juga mengandungi sejenis bahan yang menghalang sel-sel darah daripada bergumpal, sekali gus menghalang sejenis penyakit darah beku yang dikenali sebagai trombosis. Oleh itu, mulakan pengambilan kapsikum ini dalam diet harian anda. #Karangkraf

Tuesday, September 16, 2014

WAJIK


WAJIK @ PULUT KACAU
(versi kurang manis)

500 gm pulut, direndam 8 jam
500 ml pati santan (800 gm kelapa parut + air)
4 helai daun pandan, disiat
50 gm gula batu, dihancurkan
180 gm gula Melaka, dihancurkan
50 gm gula pasir

1. Kukus pulut selama 20-25 minit atau sehingga masak. Ratakan di dalam dulang, biar sejuk.
2. Campurkan santan, daun pandan dan semua bahan lain di dalam kuali non-stick. Kacau tanpa henti hingga berbuih, pekat dan bertali.
3. Masukkan pulut, kacau tanpa henti hingga berkilat. Buangkan daun pandan.
4. Tekan wajik di dalam loyang beralas daun pisang hingga padat. Biar sejuk sebelum dipotong.

Foto : rasa.karangkraf.com

Saturday, September 13, 2014

PUDING KUKUS


PUDING KUKIS

Bahan-bahan:
40 gm biskut Oreo
50 gm biskut Digestive
200 ml susu segar
450 ml air
300 ml santan
1 helai daun pandan, disimpulkan
¾ cawan gula pasir
Sedikit garam
1 paket serbuk agar-agar

Cara membuat:
1. Buang krim Oreo, kisar dengan Digestive hingga halus. Ketepikan.
2. Jerang susu, air, santan, daun pandan, gula, garam dan serbuk agar-agar.
3. Bila mendidih, asingkan separuh dan campurkan dengan serbuk biskut. Ratakan ke dalam loyang.
4. Tuangkan baki puding dan biarkan ‘set’.
5. Kemudian letak dalam peti sejuk.

**Jika puding diletakkan di dalam peti sejuk semasa ia masih panas, ia akan berair setelah dipotong dan dihidangkan.

RENDANG BLACKPEPPER


RENDANG BLACKPEPPER

500 gm daging batang pinang, dikiub 2 cm
1 paket Perencah Lada Hitam SERI-AJI®
2 sudu besar air asam jawa (1 sudu kecil asam jawa)
3 sudu besar minyak
250 ml Santan Kelapa M&S
300-350 ml air
2 sudu besar puri tomato
2 sudu besar kerisik
Sedikit garam, gula

Bahan Kisar
1 labu bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
2 batang serai
4 biji buah keras

Cara membuat
1. Perap daging, Perencah Lada Hitam SERI-AJI® dan air asam jawa selama 2 jam.
2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga terbit minyak.
3. Masukkan daging, kacau rata. Bila air daging kering, tuangkan santan.
4. Kacau sekali-sekala hingga mendidih. Perlahankan api dan masak hingga kuah menjadi separuh dan daging empuk (tambah air jika belum empuk).
5. Bubuh puri tomato, kerisik, garam dan gula.
6. Kacau hingga pekat kemudian angkat dan sajikan.

SIAPA CHEF NORZAILINA NORDIN



Biasa melihat wajahnya di kaca televisyen kerana saya seorang peminat program masakan.  Selama ini tidak pernah mengetahui beliau juga pernah menghasilkan novel.  Bermakna chef kita ini serba boleh.  Menu-menu yang saya kongsikan adalah sebahagiannya terdapat dalam buku masakan yang telah diterbitkan oleh sebuah rumah penerbitan ternama. 

Bakat semula jadi yang boleh memasak dan menulis digunakan sebaik mungkin oleh beliau.  Maka terhasillah karya-karya yang hebat dan menarik buat hati tertarik.  Mengenali beliau secara langsung,  membuat hati tersenyum, betapa kuatnya wanita ini.  Kesibukannya seharian tentu  sukar untuk beliau membahagikan masa dengan keluarga.  Tanpa sokongan keluarga beliau tidak mungkin berjaya.  Beliau dikurniakan keluarga yang begitu kuat memberi perangsang dan sokongan yang tidak berbelah bahagi.  Semoga beliau terus berkarya baik dalam bidang penulisan mahu pun bidang masakan. 

Terima kasih atas perkongsian yang amat bermakna buat surirumah tangga.

Terima kasih Chef Nor Zailina Nordin.

KEK LAPIS KUKUS


KEK LAPIS KUKIS

Bahan-bahan:
3 biji telur Gred A
1 sudu teh vanila
12 keping biskut Digestive, dipatah 2

Bahan A
140 gm gula kastor
250 ml susu segar
150 ml mentega
50 gm serbuk koko
150 gm susu pekat

Bahan Ayak
180 gm tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda penaik

Cara membuat
1. Jerang A atas api perlahan sehingga sebati. Angkat dan biar suam.
2. Pukul telur dan vanila hingga separuh kembang.
3. Tuangkan 1/3 campuran koko berselangseli dengan 1/3 bahan ayak.
4. Kacau sehingga sebati. Ulangi dengan 1/3 bahagian lagi.
5. Tuangkan ¼ adunan ke dalam tin berukuran 22 cm. Aturkan 4 keping biskut di atasnya.
6. Tutup tin dengan foil. Kukus atas api sederhana selama 10-12 minit atau hingga masak.
7. Tuangkan ¼ adunan dan susun 4 keping biskut lagi. Kukus sekali lagi. Ulangi sehingga habis.
8. Setelah lapisan akhir, kukus selama 15 min.
9. Biar sejuk sebelum dipotong dan dihidangkan.

KEK COKLAT


Kek Coklat memang jadi kegemaran ramai. Bila dihias dengan aising dan hirisan strawberi, tambah menyelerakan...

Kek Coklat
155 gm (1 cawan) gula perang
200 ml (4/5 cawan) susu coklat
200 ml (4/5 cawan) minyak jagung
50 gm (2/5 cawan) serbuk koko
160 gm (1/2 cawan) susu pekat
3 biji telur
1 sudu teh vanila

Bahan Ayak
155 gm (1 ¼ cawan) tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda penaik

Cara membuat
1. Jerang 5 bahan pertama atas api perlahan sehingga sebati.
2. Angkat dan biar sejuk sedikit.
3. Pukul telur dan vanila hingga kembang. Tuangkan 1/3 campuran koko berselangseli dengan 1/3 bahan ayak.
4.Tuangkan ke dalam tin 20-22 cm yang dialas kertas kalis minyak dan dilenser marjerin.
4. Tutup dengan foil. Kukus atas api sederhana selama 1 jam.

Bahan Aising:
125 gm (1/2 cawan) mentega
125 gm (1/2 cawan) krimwell
60 gm (1/4 cawan) susu pekat
60 gm (1/2 cawan) gula aising, diayak
1 sudu teh vanila

Cara membuat:
1. Pukul semua bahan dengan pemutar elektrik.
2. Pastikan berhenti sekali-sekali dan kacau dengan spatula supaya semuanya sebati.
3. Bila kembang, pucat dan gebu, sapu atas kek.
4. Isikan sedikit ke dalam beg aising bernozzle.
5. Kemudian hiaskan mengikut citarasa masing-masing.

TAT STRAWBERI BERKASTARD


TAT STRAWBERI BERKASTARD

Bahan Pastri:
100 gm (1/3 cawan + 1 sudu besar) mentega
50 gm (1/3 cawan) gula aising
1 biji kuning telur
230 gm (1¾ cawan) tepung gandum*

Bahan Inti:
40 gm tepung kastard
100 ml air
300 ml susu segar
2-3 sudu besar gula kaster (ikut suka manisnya)
1 sudu kecil vanila
Hirisan strawberi, untuk hiasan

Cara membuat
1. Untuk pastri: Pukul mentega dan gula hingga sebati.
2. Masukkan kuning telur, kacau rata. Campurkan tepung dan uli menjadi doh.
3. Alas tin kecil dengan pastri, cucuk dasarnya dan bakar pada suhu 200 C selama 20-25 minit atau hingga keperangan. Biar sejuk.
4. Larutkan tepung kastard dengan air dan sedikit susu. Tapis ke dalam periuk dan tambah baki susu, gula dan vanila.
5. Kacau tanpa henti atas api perlahan hingga pekat dan berkilat. Angkat dan biar suam.
6. Isikan kastard ke dalam beg aising bernozzle bunga dan picitkan ke dalam tat. Hias dengan strawberi.

*Sukatan perlu kurangkan jika adunan bersatu jadi doh yg elok.

UNGKEP BABAT


Masakan Jawa yang amat mudah disediakan dan lazat rasanya. Boleh digantikan dengan ayam, itik, kambing, daging dll. Ia tidak pedas dan sesuai untuk semua.

UNGKEP BABAT

Bahan-bahan:
500 gm perut lembu (sudah direbus), dipotong
4 sudu besar minyak
3 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
Air secukupnya
Garam, gula secukup rasa

Bahan kisar:
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
3 cm halia
2 cm lengkuas
2 cm kunyit
2 batang serai
3 sudu besar ketumbar
2 sudu besar jintan manis

Cara membuat:
1. Panaskan minyak, tumis bunga lawang dan kulit kayu manis.
2. Masukkan semua bahan kisar, kacau hingga terbit bau.
3. Bubuh perut lembu, kacau 3 minit.
4. Kemudian tuangkan air dan tambah garam dan gula.
5. Tutup dan masak atas api perlahan hingga kuah pekat.

PUDING AISKRIM


Puding Aiskrim

1 x 425 g buah pic/koktel
200 ml aiskrim vanila

Bahan A
500 ml air
300 ml susu cair
80 gm gula melaka
40 gm gula pasir
10 gm serbuk agar-agar
¼ sudu teh garam

Bahan B (dilarut & tapis)
4 sudu besar tepung kastard
2 biji telur
100 ml sirap buah-buahan
1 sudu teh esen vanila

Cara membuat
1. Jerang bahan A sambil dikacau hingga gula larut. Perlahankan api.
2. Masukkan bahan B, kacau rata dengan pemutar belon.
3. Bila adunan menjadi pekat, ketepikan dari api.
4. Bubuh pula aiskrim dan kacau sebati.
5. Tuangkan puding ke dalam loyang yang sudah dibasahkan terlebih dulu.
6. Biar keras sebelum disimpan di dalam peti sejuk. Hias dengan buah-buahan.

AYAM GOLEK


Siapa kata hidangan 'Ayam Golek' hanya untuk Raja Sehari? Apa kata hujung minggu ini, kita sediakan untuk keluarga atau teman-teman?

AYAM GOLEK

1 ekor ayam
1 keping hati ayam } dipotong halus
1 keping empedal }
1.2 liter santan (2 biji kelapa)
1 keping asam gelugur
1 biji kentang, direbus & dikiub
7 biji telur puyuh, direbus & dikupas
100 ml minyak
Garam, gula secukupnya

Bahan kisar
3 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
3 cm halia
2 cm lengkuas
3 biji buah keras
2 camb jintan manis } disangai &
2 camb ketumbar } dikisar
1 camb lada putih }

1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga harum.
2. Keluarkan separuh rempah tadi, campur ke dalam santan.
3. Goreng hati dan empedal dengan bahan kisar.
4. Bila masak, gaul dengan kentang, telur puyuh, garam dan gula.
5. Sumbat ke dalam ayam. Jahit dan ikat kakinya.
6. Kukus selama 30 -35 minit atau hingga hampir masak.
7. Jerang santan, asam gelugur dan garam. Letak ayam di dalam kuah.
8. Curahkan kuah ke atas ayam selama 15 minit. Angkat.
9. Masak kuah hingga pekat kemudian hidangkan dengan ayam.

PUDING BISKUT BERKOPI


Puding Biskut Berkopi

Bahan A
400 ml air panas
1½ sudu teh serbuk kopi segera
50 gm gula pasir
½ sudu besar serbuk agar-agar

Bahan B
400 ml air
2 sudu besar tepung jagung
200 ml susu sejat
1 sudu besar serbuk agar-agar
90 gm gula pasir
60 gm biskut coklat, dihancurkan

Cara membuat
1. Untuk A. Satukan air, kopi, gula dan serbuk agar-agar.
2. Jerang hingga mendidih dan tuang separuh penuh ke dalam acuan yang telah dibasahkan dengan air.
3. Untuk B. Larutkan tepung jagung dengan sedikit air.
4. Tapis ke dalam periuk dan masukkan semua bahan kecuali biskut..
5. Kacau atas api sederhana hingga campuran pekat.
6. Masukkan biskut, kacau dan tuangkan ke atas lapisan kopi.
7. Biar sejuk sebelum disimpan di dalam peti sejuk.

*1 paket serbuk aga-agar (11gm) sama dgn 1 1/2 sudu besar.

CHICKEN COP


CHICKEN CHOP
Inilah di antara masakan Barat yang sangat terkenal di mana-mana saja. Ia disajikan dengan sos biasa atau bercampur cendawan butang. Selalunya, ia dimakan bersama kentang goreng (fries), potongan sayur-sayuran iaitu kubis, bawang, lobak merah bercampur mayonis (coleslaw) dengan hiasan daun salad.

Bahagian ayam yang sesuai untuk chicken chop ialah paha dan pangkalnya. Anda perlu mengeluarkan tulang bahagian ini tetapi hujungnya (anggaran 2 cm) hendaklah dibiarkan. Ini bermakna, anda mesti memotong tulang yang selebihnya. Kulit ayam juga perlu dibuangkan supaya bahan salut boleh melekat dengan sempurna. Lagipun, kulit ayam mengandungi lemak yang tidak elok untuk kesihatan.

Potongan chicken chop ada juga yang dijual sudah dibuangkan tulangnya. Perapkan dengan serbuk lada sulah dan sedikit garam selama 1 jam. Pastikan ia dilap kering-kering dengan kitchen towel terlebih dulu.

Membuat adunan salut atau batter lebih mudah menggunakan pemutar belon. Ini akan menghasilkan adunan yang halus dan tidak berketul. Caranya adalah meletakkan semua bahan kering di dalam mangkuk. Dengan sebelah tangan menuangkan air, sebelah lagi mengacau campuran tersebut. Pastikan ia tidak terlalu cair. Bila kepekatannya elok, pukul dengan kuat selama beberapa saat kemudian biarkan selama 10 minit.

Celup potongan ayam dengan memegang dua bahagian jika ia besar. Ini adalah supaya potongan itu ‘leper’ dan dapat menyalut seluruh ayam. Kemudian salut dengan serbuk roti yang diletakkan di atas pinggan leper. Pastikan setiap bahagian bersalut dengan serbuk roti itu. Anda boleh sediakan beberapa keping sebelum mula menggoreng.

Sangat mudah menyediakan serbuk roti di rumah. Hanya letak reja roti atau kepingan yang tidak dimakan di atas rak peti sejuk. Anda tidak perlu membungkusnya. Biarkan selama 3 atau 4 hari dan roti akan menjadi keras. Pecahkan menjadi kepingan kecil. Kemudian kisar hingga halus. Simpan di dalam bekas bertutup. Letak di bahagian bawah peti ais. Ia tahan lama.
Selain itu, anda boleh beli serbuk roti di kedai. Ada dua jenis. Serbuk roti yang berwarna kuning akan menghasilkan kulit chicken chop kuning keemasan. Serbuk roti jenis ini sangat rangup kerana ia mempunyai campuran tepung jagung. Untuk lebih wangi, campurkan serbuk roti dengan kelapa parut yang sudah digoreng kekuningan. Anda akan dapati chicken chop anda juga rangup.

Gorenglah di dalam minyak yang banyak supaya mudah masak. Sebaik-baiknya gunakan deep-fryer yang berbakul khas. Jadi, sangat mudah bila hendak mengangkatnya. Untuk menggoreng dengan sempurna, pastikan api tidak terlalu kuat. Namun minyak mesti panas semasa anda memasukkan ayam itu. Jangan goreng terlalu banyak pada suatu masa. Suhu minyak akan turun mendadak dan ini menyukarkan ayam menjadi garing.

Bila ayam nampak keemasan, bolehlah diangkat dan ditoskan minyaknya. Keluarkan serdak yang masih ada di dalam minyak sebelum memasukkan potongan lain. Serdak yang terlalu lama digoreng akan menjadi hitam dan melekat pada ayam. Ini tentulah tidak menarik dipandang. Untuk mengurangkan serdak ini, pastikan minyak tidak terlalu panas waktu anda mula menggoreng. Anda juga mesti meletakkan ayam ke dalam minyak dengan cara yang lembut dan tidak ‘mencampakkannya’ begitu saja.

Untuk membuat sos, perlukan batang salderi atau celery. Sebaik-baiknya gunakan bawang besar jenis putih (Holland). Bawang besar jenis merah pula hanya sesuai untuk membuat gulai dan sebagainya. Ini adalah kerana rasanya yang lebih kuat dan boleh digandingkan dengan rempah atau cili.

Bahan paling penting bila membuat sos adalah mentega. Jangan gunakan marjerin kerana ia tidak sesuai. Kacau mentega dan tepung sehingga hampir keemasan. Kemudian tuangkan air dan masukkan semua bahan lain. Jika menggoreng terlalu lama, campuran boleh menjadi hangus dan pahit. Jadi, langkah pertama itu sangat penting. Ia akan menentukan samada sos sedap atau sebaliknya.

Ramai orang keliru tentang air rebusan ayam atau chicken stock. Air rebusan yang asli atau tulin diperbuat dengan merebus salderi, bawang, lobak merah, biji lada sulah dan rangka ayam selama beberapa jam. Kemudian biarkan semalaman. Buangkan lemak yang mengeras di permukaan. Masak hingga mendidih semula sebelum ditapiskan.

Jika anda tiada masa untuk membuat air rebusan ayam, campurkan 1 kiub pati ayam dengan air panas secukupnya. Anda juga boleh gunakan 1 camca besar stok pekat di dalam botol. Jika tidak memasukkan kiub, rasa sos kurang enak. Jangan letak terlalu banyak garam kerana kiub sudah agak masin.

Salah satu bahan penting adalah herba Italy (Italian herbs) yang dijual di dalam botol-botol kecil. Selain itu, boleh gunakan herba campuran (Mixed herbs). Ia adalah campuran herba kering oregano, rosemary, thyme dan dill. Campuran ini memberikan aroma masakan Barat yang sungguh menyelerakan.

Bagi yang suka pedas, campurkan sedikit serbuk cili ke dalam adunan salut. Anda juga boleh tambah serbuk lada hitam ke dalam sos. Jika mahukan sos berwarna gelap, campurkan lebih banyak kicap pekat atau kicap hitam. Sos ini boleh disimpan beberapa hari di dalam peti sejuk dan dipanaskan bila hendak dimakan.

CHICKEN CHOP

4 keping pangkal & paha ayam, dibuang tulang
garam, serbuk lada sulah
100 g tepung gandum
30 g tepung jagung
1 camb tepung beras
160-180 ml air
80 gm serbuk roti
minyak utk menggoreng

Cara membuatnya
1. Perap ayam dengan garam dan serbuk lada sulah selama 20 minit.
2. Satukan semua jenis tepung, garam dan air untuk menjadi adunan.
3. Celup ayam di dalam adunan.
4. Salut dengan serbuk roti.
5. Goreng dalam minyak banyak hingga keemasan.
6. Angkat dan sejatkan.


Bahan sos:
2 camb minyak
100 g bawang besar } potong kecil
100 g salderi }
2 camb mentega
2 camb tepung gandum
500-550 ml air rebusan ayam
1 camb herba Italy
garam, serbuk lada hitam
2-3 camb kicap hitam
1 tin cendawan butang /segar, dihiris

Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak, goreng bawang besar dan salderi hingga keemasan.
2. Angkat dan kisar dengan sedikit air hingga halus. Ketepikan.
3. Panaskan mentega, masukkan tepung.
4. Kacau atas api perlahan hingga keemasan.
5. Masukkan semua bahan lain, kacau hingga kuah pekat.
6. Hidangkan chicken chop dengan sos, salad dan lain-lain.

BLACK PEPPER STEAK


BLACK PEPPER STEAK

4 kpg daging (sirloin steak/T-bone/bhgn lembut)
1 s/besar sos barbeku
1 s/besar sos cili
1 s/teh sos plam
1 s/teh sos tiram
1/2 s/teh kicap manis
1/2 s/teh kicap cair
Garam & serbuk lada hitam secukupnya

Bahan Sos:
2 s/besar mentega
2 s/besar tepung gandum
200 ml air
50 ml susu segar
1 kiub stok daging
2 s/besar sos barbeku
1/2-1 s/teh kicap pekat (tambah jika ingin sos lebih gelap)
1 s/teh oregano kering
Garam & serbuk lada hitam secukupnya

Cara membuat:
1. Perap daging dengan semua bahan perap selama 3-4 jam. (Jika ingin perap lebih drpd 4 jam, letak di dalam peti sejuk).
2. Panaskan sedikit minyak dlm kuali kalis lekat. Asingkan sebanyak mungkin bahan perap dari kepingan daging. Goreng hingga masak. (Semasa menggoreng, jangan diterbalik-balikkan kerana daging tidak masak sempurna. Jangan dicucuk kerana jusnya akan terbit dan daging menjadi keras).
3. Untuk sos: Cairkan mentega atas api perlahan, masukkan tepung gandum.
4. Kacau hingga mendidih, tuangkan susu segar dan terus kacau.
5. Masukkan air perlahan-lahan. Kacau hingga mendidih.
6. Tuangkan campuran kicap dan gaul rata.
7. Bila kuah mendidih dan pekat, tambah garam (jika perlu) dan oregano. Kacau 2 min kemudian angkat.

KEK BUAH


KEK BUAH

Bahan A
150 ml minyak jagung
3 biji telur
45 ml susu segar
2 sudu besar jus oren

Bahan B
220 gm tepung gandum } diayak
2 sudu teh serbuk penaik }
175 gm gula perang
350 gm buah-buahan campuran
50 gm badam urai
1 sudu teh parutan kulit oren

badam tanpa kulit (utk hiasan)

Cara membuat:
1. Satukan bahan A.
2. Campurkan bahan B ke dalam A sambil dikacau dengan senduk kayu.
3. Ratakan adunan ke dalam dua tin lof (alas 2 lapisan kertas kalis minyak & lengser).
4. Aturkan badam di atasnya. Bakar pada 180 C selama 1 jam atau hingga masak.

TAT ANGSA


TAT ANGSA

200 gm mentega
50 gm marjerin
40 gm gula aising
1 biji kuning telur
1 steh vanila
2 sbesar tepung jagung } diayak
350-370 gm tepung gandum }
jem nenas & biji sawi secukupnya
2-3 biji kuning telur (utk sapu/oles)

Cara membuat:
1. Pukul 5 bahan pertama hingga sebati.
2. Masukkan bahan ayak, gaul menjadi doh.
3. Ambil sedikit doh, bentukkan bujur dan isikan dengan jem.
4. Bentukkan seperti badan angsa. Ambil sedikit doh, bentukkan seperti leher angsa dan bubuh biji sawi untuk mata.
5. Gunting badan angsa seperti bulu. Susun atas tin pembakar.
6. Sapu kuning telur. Bakar pada suhu 185 C selama 20-25 min atau hingga keemasan

TALAM MANJA


Jom kita try buat kuih tradisional pula, nak? Sedap, lembut & lemak... pasti menawan selera sesiapa saja.

TALAM MANJA
Bahan Lapisan Bawah
1 biji telur
30 gm tepung gandum
350 ml santan (½ kelapa)
50 gm gula pasir
2 helai daun pandan
Sedikit pewarna kuning
75 gm tepung suji

Bahan Lapisan Atas
3 biji telur
200 ml santan (½ kelapa)
90 gm gula pasir
20 gm tepung serbaguna
1 sudu besar tepung jagung
Sedikit pewarna merah

Cara membuat
1. Untuk lapisan bawah. Satukan semua bahan kecuali tepung suji. Tapiskan ke dalam periuk.
2. Masukkan tepung suji, kacau di atas api perlahan hingga naik wap.
3. Tuangkan ke dalam loyang 22 cm yang dilengser marjerin. Kukus selama 10-15 minit.
4. Kacau sebati bahan lapisan atas kemudian tapiskan. Tuang ke atas lapisan suji tadi.
5. Kukus di atas api sederhana selama 25 minit atau hingga masak.

Nota : Tutup loyang dengan foil untuk mengelak wap air jatuh ke atas permukaan kuih.

MUFIN SELOKA


MUFIN SELOKA

Bahan-bahan:
240 gm tepung serbaguna
3 sudu teh serbuk penaik
130 gm gula kastor
1 cawan susu segar
1 biji telur, dipukul
60 gm mentega
1 biji epal (kiub kecil)
80 gm coklat cip

Cara membuat:
1. Satukan tepung, serbuk penaik dan gula.
2. Dalam mangkuk lain, campurkan susu, telur, mentega dan epal.
3. Gaul sebati kedua-dua campuran hingga sebati. Masukkan coklat cip.
4. Isikan ¾ penuh ke dalam mangkuk mufin.
5. Bakar pada 190 C selama 20 ke 25 minit atau hingga masak.

*Tak perlu dipukul, hanya kacau saja.

KARI KEPALA IKAN


KARI KEPALA IKAN

3 sudu besar minyak masak
5 ulas bawang merah, dihiris halus
3 ulas bawang putih, dihiris halus
1 sudu teh halba campur
1 pelepah daun kari
3 sudu besar rempah kari ikan } campur air jadi pes
1 sudu besar pes cili }
2 labu bawang besar, dikisar halus
700 ml santan (dari 1 biji kelapa)
1 keping kepala ikan merah/jenahak/ kurau (anggaran 600 gm)
1 sudu besar asam jawa, campur 100 ml air dan tapis
2 biji tomato, dibelah 2
2 biji cili hijau, dibelah 2 tidak putus
2 biji cili merah, dibelah 2 tidak putus
10 biji bendi (atau terung), dipotong tangkai dan dicelur
Garam, gula secukupnya

Cara membuat
1. Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih, halba campur, daun kari dan pes rempah-cili.
2. Kacau atas api perlahan hingga rempah naik minyak.
3. Masukkan bawang besar kisar dan santan.
4. Bila mendidih, masukkan kepala ikan, air asam jawa, garam dan gula. Tutup sebentar.
5. Kacau sekali-sekala hingga kuahnya mendidih sekali lagi dan kepala ikan masak.
6. Padamkan api, masukkan tomato, cili hijau, cili merah dan bendi.

*Bendi/terung tak perlu dicelur pun boleh, masukkan bila kepala ikan separuh masak.

KEK DAM-LIN


KEK DAM-LIN

Bahan-bahan:
80 gm mentega, dicairkan
2 sudu besar serbuk koko
Jem strawberi secukupnya

Bahan A:
5 biji telur
5 biji kuning telur
80 gm gula kastor
100 gm tepung gandum
1 sudu besar Quick 75
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh vanila

Cara membuat:
1. Sediakan 2 tin pembakar empatsegi 22.5 sm. Panaskan ketuhar pada suhu 195 C.
2. Putar bahan A dengan kelajuan sederhana selama 20 minit.
3. Bila adunan kembang, tuangkan mentega cair sambil dipukul lagi. Bahagi 2.
4. Ratakan satu bahagian ke dalam tin dan bakar hingga masak.
5. Masukkan koko ke dalam baki adunan dan ratakan ke dalam tin. Bakar hingga masak.
6. Apabila masak, potong kek memanjang sebanyak 14 keping dan gunakan jem untuk menyusun dan melekatkan setiap kepingan menjadi seperti bentuk dam.
7. Gunakan 5 batang warna biasa dan 4 batang warna coklat (dapat 2 batang kek). Gunakan 5 batang warna coklat dan 4 batang warna biasa (dapat 1 batang kek).
8. Bungkus dengan plastik dan simpan di dalam peti sejuk selama 15 minit.

Bahan Marzipan (balutan kek):
85 gm gula kastor
140 gm gula aising
225 gm serbuk badam
1 biji telur, dipukul
½ sudu teh vanila
¼ sudu teh jus lemon
Gula aising secukupnya

Cara membuat:
1. Satukan gula kastor, gula aising dan badam dalam mangkuk besar.
2. Buatkan ‘lubang’ di tengahnya, masukkan telur (tidak perlu habiskan), vanila dan jus lemon.
3. Gaulkan dengan garfu sehingga sebati.
4. Ubah ke atas papan pencanai yang ditabur dengan gula aising.
5. Uli sebentar hingga menjadi doh. Canai setebal 3mm dan bungkus kek tadi.
6. Simpan semula di dalam peti sejuk selama 1 jam sebelum dihiris dan dihidangkan.

GULAI DAGING SALAI


GULAI DAGING SALAI

500 gm daging salai
1 batang serai, dititik
1 liter santan cair
10-15 biji belimbing buluh, belah 2
1 keping asam gelugur
400 ml pati santan
Garam secukup rasa

Bahan kisar halus:
10-12 biji cili padi
2 sm kunyit hidup
2 sm halia
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara membuat:
1. Jerang daging bersama serai, santan cair dan bahan kisar.
2. Bila daging sudah empuk, masukkan pati santan, belimbing, asam gelugur dan garam.
3. Kacau sekali-sekala hingga mendidih semula barulah diangkat.

*Jika tidak suka gulai terlalu masam, tak perlu masukkan asam gelugur.

TILAPIA TORNADO


TILAPIA TORNADO

4 keping ikan tilapia merah (fillets)
1 sudu besar pati Ikan Bilis TUMIX®
½ cawan dadih asli
1 sudu besar jus limau nipis
1 sudu besar serbuk cili
2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
Sedikit Tepung Goreng (Perisa Asli) SERI-AJI®
3 sudu besar minyak masak
Sedikit Garam Halus Beriodin AJI-SHIO® secukupnya

Cara membuat:
1. Dalam mangkuk besar, satukan Pati Ikan Bilis TUMIX®, dadih, jus limau nipis, serbuk cili, bawang putih dan Garam Halus Beriodin AJI-SHIO® secukupnya.
2. Gaulkan dengan tilapia dan perap selama 20 minit.
3. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali leper.
4. Salutkan tilapia dengan Tepung Goreng (Perisa Asli) SERI-AJI®.
5. Goreng sebelah hingga masak kemudian terbalikkan untuk menggoreng sebelah lagi. Hidangkan dengan sos cili, jika suka.

RAINBOW KEK


Mudah membuatnya dan amat menarik!

RAINBOW KEK

Bahan-bahan:
250 gm mentega
1½ cawan gula kastor
4/5 cawan susu segar
5 biji telur
3 cawan tepung gandum }
4 sudu teh serbuk penaik } diayak
Secubit garam }
2 sudu esen vanila
Pewarna merah, biru, hijau, kuning, oren, ungu

Cara membuat:
1. Alas dan lengser tin 20 sm. Panaskan ketuhar pada 190 C.
2. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
3. Masukkan sebiji demi sebiji telur dan pukul sebati.
4. Campurkan bahan ayak berselang seli dengan susu.
5. Akhir sekali masukkan vanila. Bahagikan kepada 7 bahagian (anggaran 1 cawan(.
6. Warnakan merah, coklat, hijau, kuning, oren dan ungu.
7. Ratakan satu bahagian, bakar selama 15 ke 18 minit.
8. Bakar setiap lapisan dan biar sejuk.
9. Sapukan aising pada setiap lapisan dan hiaskan.

Bahan Aising:
3 cawan krim keju
2 cawan gula aising
1 cawan mentega

Cara membuat:
Pukul semua bahan hingga gebu. Isikan ke dalam beg aising dan hias di atas kek.

MARBLE RAINBOW KEK



Chef Lin's Marble Rainbow Cake
250 g mentega
230 g gula kastor
2 steh ovalet / Quick 75
4 biji telur gred A
270 g tepung halus } diayak
1 steh serbuk penaik }
60 g susu pekat manis
2 sbesar serbuk koko
2 sbesar susu cair
1 steh coklat emulco + pewarna coklat
Pewarna merah, hijau

Cara membuat:
1. Pukul mentega, ovalet dan gula halus hingga kembang.
2. Bubuh sebiji demi sebiji telur dan terus putar hingga kembang.
3. Masukkan susu pekat dan gaul rata.
4. Masukkan sedikit demi sedikit tepung hingga habis, gaul rata.
5. Bahagi adunan kepada 4 bahagian yang sama banyak.
6. Satu dibiarkan tanpa warna dan satu bahagian di campur dengan susu cair, serbuk koko dan coklat emulco. Gaul hingga sebati.
7. Satu lagi warna merah hijau. Masukkan ke dalam 4 beg aising.
8. Sediakan tin tiub (berlubang di tengah) yang dilenser marjerin dan dasarnya dialas kertas minyak.
9. Picitkan adunan secara bulatan di dalam tin, mulakan bulatan besar warna biasa, merah, hijau, coklat, biasa dan seterusnya. Selangseli warna hingga habis adunan.
10. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 185 C selama 45-55 min atau hingga masak.
10. Sejukkan 5 minit sebelum dikeluarkan dari tin. Biar sejuk atas redai.

KEK PUDING KRAMEL


Kek Puding Karamel yg tidak sukar utk dibuat.. rasa kek & puding in one slice.. yummylicious!

KEK PUDING KARAMEL

Bahan Karamel:
2½ sudu besar gula pasir
1½ sudu besar air panas

Bahan Puding:
2 biji telur
400 ml susu cair
30 gm gula kastor
1 sudu teh vanila

Bahan Kek:
2 biji putih telur
60 gm gula kastor
2 biji kuning telur
70 gm tepung gandum
20 gm mentega, dicairkan
20 ml air
Pewarna hijau, ungu

Cara membuat:
1. Lengser tin empatsegi berukuran 20 cm dengan marjerin.
2. Panaskan ketuhar pada suhu 180 C (api bawah saja).
3. Perangkan gula pasir di dalam kuali kalis lekat. Tuangkan air panas dan kacau hingga gula hangus larut. Tuangkan ke dalam tin.
4. Untuk puding: Pukul telur dan gula. Bila sebati, masukkan susu dan vanila. Tapiskan ke atas karamel.
5. Untuk kek: Pukul putih telur dan separuh gula (30 gm) hingga kental. Ketepikan.
6. Pukul kuning telur dan gula hingga gula hancur. Satukan dengan putih telur dan kacau rata (tak perlu dipukul).
7. Ayak tepung ke dalam adunan dan kaupbalikkan perlahan-lahan.
8. Masukkan mentega dan air, kacau sebati dan bahagikan 2.
9. Campurkan dengan pewarna ungu dan hijau. Sudukan secara berselangseli ke atas puding (ia akan terapung di permukaan).
10. Tuangkan air mendidih ke dalam loyang besar kemudian letak tin di dalam loyang. (pastikan tin tanpa tempat bersambung kerana air mungkin menyerap masuk)
11. Bakar di dalam ketuhar selama 45-50 min atau hingga masak. Biar sejuk sebelum diterbalikkan ke dalam pinggan.

KEK KEJU BELANG


KEK KEJU BELANG

Bahan-bahan:
500 gm krim keju, dibiar lembut
1/3 cawan gula kastor
2/3 cawan susu cair
5 biji kuning telur
1 cawan tepung gandum }
2 sudu besar tepung kastard } diayak
1 sudu teh serbuk penaik }
5 biji putih telur
¼ sudu teh garam
1/3 cawan gula kastor
2 sudu besar serbuk koko

Cara membuat:
1. Alas dasar dan lengser tin 20 sm. Jerang air di dalam pengukus.
2. Putar krim keju hingga halus. Masukkan gula dan putar hingga gebu.
3. Masukkan susu dan kuning telur. Kacau rata.
4. Ayakkan tepung gandum, tepung kastard dan serbuk penaik. Pukul lagi hingga sebati.
5. Dalam mangkuk lain, putar putih telur dan garam hingga separuh kental.
6. Masukkan gula dan putar hingga kental.
7. Kaupbalikkan ke dalam adunan krim keju.
8. Bahagikan 2, bubuh koko pada satu bahagian.
9. Sudukan berselang-seli ke dalam tin.
10. Tutup atasnya dengan foil. Kukus selama 45 minit atau hingga masak.

STIMBOT


STIMBOT

Bahan sup jernih
1 rangka ayam, dibuang lemak
2 liter air
2 tangkai batang seleri, dipotong
1 kiub stok sup
Garam, gula, serbuk lada hitam

Kuah tomyam
1 rangka ayam, dibuang lemak
2 batang serai, dititik
2 cm lengkuas, dititik
6 biji cili padi, dititik
3 cm akar ketumbar (bahagian putih), dititik
1 biji tomato, dibelah 4
Jus 1-2 biji limau nipis
3 helai daun limau purut
1 kiub stok tomyam
2 liter air
Gula, garam secukupnya
1 camb sos ikan

Bahan sampingan
125 g isi ayam, dipotong
125 g isi ikan (merah, kerapu atau bawal)
150 g udang besar
100 g cendawan tiram
100 g bebola ikan
125 gm kubis Cina
150 g lobak merah, dipotong
100 g suhun, direndam
200 g mi mi kuning/bihun, dicelur

Pencecah
125 ml sos cili bawang putih
2 camb jus limau nipis

Untuk sup jernih:
Jerang air hingga mendidih, masukkan rangka ayam dan seleri.
Bila mendidih, perlahan api dan renihkan selama 40 minit.
Masukkan bahan lain, tapis ke dalam periuk stimbot.

Untuk sup tomyam:
Jerang air hingga mendidih. Masukkan rangka ayam, serai, lengkuas, cili padi, akar ketumbar dan tomato. Biar sup mendidih. Perlahankan api, renihkan selama 40 min. Masukkan daun limau, jus limau, kiub tomyam, garam dan gula. Tapiskan ke dalam periuk stimbot.

Untuk menghidang:
Biarkan sup mendidih di atas api sederhana perlahan. Masukkan bahan yang anda sukai. Tutup sebentar dan biar mendidih sebelum dimakan.

Credit Photo: cameronhighlands.com

PAU BAKAR


PAU BAKAR

Bahan Doh
210 gm tepung gandum
1 camca teh serbuk penaik
2 camca besar gula halus
Garam secukup rasa
70 gm marjerin
45 ml air

Bahan Lauk
2 camca besar minyak
2 biji bawang merah } dicincang
2 ulas bawang putih } halus
60 gm kacang pis
150 gm dada ayam, diptg dadu
1 camca besar sos tiram
1 camca teh kicap manis
1/2 camca teh serbuk rempah lima
½ camca besar tepung jagung
Garam, serbuk lada hitam secukupnya

Bahan A
1 biji kuning telur
Beberapa titik kicap manis
Beberapa titik madu

Cara membuatnya
1. Untuk lauk: Panaskan minyak, tumis bawang merah dan putih hingga wangi. Masukkan semua bahan lain kecuali rempah lima dan tepung jagung.
2. Kacau di atas api sederhana hingga ayam masak. Masukkan rempah lima, tepung jagung, garam dan serbuk lada hitam. Kacau hingga pekat. Angkat dan biar sejuk.
3. Gaul tepung, serbuk penaik, gula, garam dan marjerin.
4. Tuangkan air dan gaul menjadi doh. Tutup dengan tuala lembab dan biar selama 30 minit.
5. Canai sedikit adunan menjadi bulat, isikan inti. Sapu sedikit air di sekelilingnya.
6. Cantumkan semula di bahagian atasnya. Letak pau di dalam tin patty yang sudah dilengser dengan marjerin.
7. Satukan bahan A, sapukan ke atas doh.
8. Bakar pada 190 C selama 30-35 min atau hingga pau keemasan.

PIZZA


PIZZA
Bahan Doh
250 gm tepung roti
½ camb gula kastor
½ camt garam
2 camb mentega
½ camt bread softener
½ camt bread improver
5 gm yis segera
125 ml air suam

Bahan Sos
2 camb minyak
3 ulas bawang putih, ditumbuk
1 labu bawang besar, didadu
400 gm tomato dalam tin, dikisar
300 ml air
2 camb puri tomato
1 kiub stok daging (jika suka)

Bahan atas
1 camb minyak
100 gm ayam cincang
4 batang sosej, dihiris nipis
3 keping nenas dalam tin, dadu
1 camb oregano kering
100 gm keju Mozarella, diparut

Cara membuat
1. Untuk sos: Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar.
2. Bila wangi, masukkan semua bahan lain. Kacau sekali-sekala hingga mendidih. Perlahankan api dan renihkan hingga pekat. Biar sejuk.
3. Untuk doh: Gaulkan tepung roti dengan lima bahan seterusnya.
4. Bila sebati, masukkan yis dan kacau rata-rata.
5. Tuangkan sedikit demi sedikit air suam hingga menjadi doh.
6. Uli selama 10 minit. Letak doh dalam mangkuk yang dilengser minyak.
7. Tutup dengan tuala dan biar di tempat hangat sehingga naik dua kali ganda.
8. Bahagikan dan canai setebal 6 mm.
9. Untuk bahan atas: Panaskan minyak, goreng ayam hingga masak. Masukkan sosej. Kacau 2 minit dan angkat.
10. Ratakan bahan sos kemudian taburkan dengan campuran ayam, sosej, nenas, oregano dan keju.
11. Bakar pada 200 C selama 30-35 minit atau hingga masak.

BUTTER PRAWNS KERISIK


BUTTERPRAWNS KERISIK

Bahan-bahan:
700 gm udang harimau
Garam secukupnya
Minyak untuk menggoreng
100 gm mentega
100 gm marjerin
5 biji kuning telur, dipukul sedikit
3 sudu besar susu cair
2 pelepah daun kari
4 biji cili padi, dihiris halus
¼ camt gula pasir
½ camt serbuk pati ayam

Cara membuatnya:
1. Perap udang dengan garam selama 20 minit.
2. Goreng dalam minyak panas hingga masak. Angkat.
3. Dalam kuali lain, panaskan mentega dan marjerin.
4. Bila mulai berbuih, masukkan campuran kuning telur dan susu cair.
5. Kacau tanpa henti. Bila mulai kekuningan, masukkan semua bahan lain.
6. Kacau lagi hingga keperangan kemudian angkat dan letak di dalam penyejat.
7. Gaul dengan udang goreng tadi dan hidangkan.

POLLO CON SALSA D'UOVO ( AYAM BERSOS TELUR DAN LIMAU)


Jom cuba masakan Italy hujung minggu ini. Enak dimakan dengan nasi, roti atau pasta. Yeay! Jika sukar mendapatkan daun bay dan thyme, boleh gunakan Italian Herbs kering (dijual dalam botol).

Pollo con Salsa d’Uovo (Ayam Bersos Telur dan Limau)

2 keping ayam (thigh & drumstick), dibuang tulang & potong 3 cm
4 sudu besar tepung Gorengan Serbaguna SERI-AJI®
Sedikit Serbuk Lada Hitam AJI-SHIO®
1 paket Sup VONO Cendawan
400ml air panas
2 sudu besar minyak zaitun
25gm mentega
1 sudu besar Pati Ayam TUMIX®
1 helai daun bay
1 tangkai thyme
100ml air
2 biji kuning telur
1-2 sudu besar jus lemon
Sedikit Garam Halus Beriodin AJI-SHIO® secukupnya
1-2 sudu besar daun parsli cincang

Cara membuat:
1. Gaul isi ayam dengan separuh Tepung Gorengan Serbaguna SERI-AJI® dan Serbuk Lada Hitam AJI-SHIO®.
2. Larutkan Sup VONO Cendawan dengan air panas. Ketepikan.
3. Panaskan minyak dan mentega. Goreng ayam hingga keemasan. Angkat dan ketepikan.
4. Tinggalkan 2 sudu besar campuran minyak, masukkan baki Tepung Gorengan Serbaguna SERI-AJI® dan kacau 1 minit.
5. Tambah campuran Sup VONO Cendawan, Pati Ayam TUMIX®, ayam, daun bay dan thyme. Kacau dan perlahankan api.
6. Campurkan 100ml air, kuning telur dan jus lemon.
7. Masukkan ke dalam periuk dan kacau hingga pekat. Tambah Garam Halus Beriodin AJI-SHIO® secukup rasa.
8. Taburkan parsli dan hidangkan.

MI NUSANTARA


MI NUSANTARA


Minyak utk menggoreng
10 ulas bawang merah, dihiris nipis
Kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih & bunga lawang (empat sekawan)
1 tin (425 gm) ikan sardin, dilecek
1 1/2 liter santan (2 biji kelapa)
1 sb kerisik
3 helai daun limau purut
1 kpg asam gelugur
Garam, gula secukupnya

Bahan Sampingan:
500 gm mi kuning, dicelur
Timun, kubis, limau nipis, telur puyuh (direbus), hirisan daun selom & daun kesum, cili merah

Bahan Kisar:
1 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
2 batang serai
3 sb pes cili
2 st serbuk jintan manis
2 st serbuk jintan manis
3 cm halia
8-10 biji cili padi
3 biji cili merah

Cara membuat:
1. Panaskan minyak. Goreng bawang merah hingga keperangan (bawang goreng). Ambil separuh, kisar dengan bahan kisar (tambah sedikit air).
2. Panaskan 3 sb minyak, tumis rempah empat sekawan dan bahan kisar hingga terbit minyak.
3. Bubuh santan dan bila mendidih masukkan sardin, kerisik, daun limau purut, asam gelugur, garam dan gula.
4. Kacau sesekali hingga mendidih lagi dan renihkan sebentar (atas api perlahan) supaya pekat sedikit. Angkat dan hidangkan dengan bahan sampingan.

APPLE CRUMBLE



APPLE CRUMBLE
5 biji epal, dibuang kulit & biji, didadu 1.5cm
3 sb gula perang
3 sb air
1 batang kulit kayu manis
1/4 cawan kismis

Bahan Crumble (gaul spt serbuk roti)
1 cawan tepung atta / wholemeal flour
1 cawan tepung gandum
sed garam
120 g mentega / marjerin

Bahan Sos
30 g tepung kastard
250 ml susu segar
2 sb gula kastor

1. Masak epal, gula, air, kulit kayu manis dan kismis. Bila epal lembut dan kering airnya, angkat.
2. Ratakan epal dalam bekas kaserol. Taburkan crumble di atasnya dan ratakan.
3. Bakar pada suhu 180 C selama 25-30 min atau hingga keperangan.
4. Untuk sos, larutkan tepung kastard dengan sedikit susu. Satukan dengan semua bahan. Kacau atas api perlahan hingga sos pekat.

NODDLES WITH NUTTY SAUCE


Noodles in Nutty Sauce

300 gm kepingan salmon
200 gm mi telur kering
2 sbsr minyak zaitun
4 cm halia muda, dihiris halus
1 labu bawang besar, dihiris berbaji
150 g kacang buncis, hiris memanjang
100 gm cendawan butang (kecil)
1 sbsr stok ayam (cair)
10 biji tomato ceri merah } dibelah 4
10 biji tomato ceri kuning }
¼ kubis ungu, dihiris
1 biji cili merah, dihiris
Garam, serbuk lada hitam

Sos
3 sbsr mentega kacang kasar
2 sbsr mayonis
2 sbsr thousand island dressing
2 sbsr sos cili Thai
1 sbsr jus limau/lemon
Sedikit gula

Cara membuat:
1. Perap salmon dengan garam dan serbuk lada hitam selama 30 min.
2. Didihkan air, rebus mi hingga lembut. Angkat dan letak mi dalam penapis.
3. Panaskan separuh minyak zaitun, goreng salmon hingga masak. Angkat.
4. Panaskan baki minyak, goreng halia muda. Bila wangi, masukkan bawang.
5. Goreng sebentar, masukkan buncis dan cendawan, kacau hingga masak.
6. Masukkan stok ayam, tomato ceri, kubis, cili, garam dan serbuk lada hitam. Angkat.
7. Gaulkan semua bahan sos dalam mangkuk besar. Bubuh sayuran goreng dan mi.
8. Gaul rata-rata kemudian hidangkan.

NASI AYAM


Nasi Ayam Hainan

Bahan Nasi
300g beras biasa }
300g beras wangi } basuh & sejat
2 sbsr marjerin
2 sbsr minyak
2 cm halia } diketuk
2 ulas bawang putih }
950ml air
1 kiub stok ayam
Daun salad, timun, tomato

Bahan Sup
2-3 liter air
3 cm halia } diketuk
4 ulas bawang putih }
1 steh garam
1 ekor ayam
Hirisan daun sup

Bahan Sos
10 biji cili merah, dibuang biji
2 cm halia
3 ulas bawang putih
2 sbsr sos cili
1-2 sbsr jus lemon/limau nipis
40 ml air rebusan ayam
Garam, gula secukupnya

Bahan Kicap
3 sbsr sos tiram
2 sbsr kicap manis
1 sbsr sos plam
60ml air rebusan ayam
Garam, gula secukupnya

Cara membuat
1. Panaskan marjerin dan minyak. Masukkan halia dan bawang putih, goreng hingga kekuningan.
2. Masukkan beras dan garam. Kacau 2 minit. Ubah ke dalam periuk elektrik. Tuangkan air dan masak seperti biasa.
3. Untuk sup. Jerang air, halia, bawang putih dan garam hingga mendidih.
4. Perlahankan api, masukkan ayam. Masak selama 15 minit. Padamkan api dan tutup periuk. Biar selama 25 minit.
5. Keluarkan ayam, rendam dalam air biasa selama 5 minit. Angkat dan sejatkan. (Boleh digoreng seketika jika ingin kulit kekuningan)
6. Renihkan sup tadi sehingga tinggal separuh. Campurkan dengan daun sup.
7. Untuk sos. Kisar semua bahan hingga sebati.
8. Untuk kicap. Campurkan dan kacau rata-rata.
9. Potong ayam, sajikan dengan nasi, salad, tomato dan timun serta sup, sos dan kicap.

Foto: Masakan Popular Malaysia