Pages

Followers

Tuesday, November 3, 2015

PETUA MEMBUAT KUIH TALAM-

Bagi yang pertama kali nak buat kuih talam atau bagi yang nak tahu bagaimana mendapatkan kuih talam yg cantik dan licin. Admin kongsikan beberapa tips untuk anda. Semoga ilmu ini sedikit sebanyak memberi manfaat utk anda.
TIPS MEMBUAT KUIH TALAM
~~~~~~~~
📌Lapik Loyang dengan plastic @ kertas baking kalis lekat atau sapu minyak pada Loyang sebelum meletak adunan.
📌 Supaya kuih talam cepat masak, kacau dulu adunan kuih talam diatas api perlahan hingga separuh pekat/naik wap/”bloom”.
📌“Masak hingga naik wap” adalah teknik untuk mendapatkan talam yang licin dan jika masukkan bahan seperti cendol, sekoteng, kekacang, keladi dll, ia tidak akan mendap atau naik ke atas sebab kepekatan adunan tepung yang 'dimasak sehingga naik wap'.
📌Jika adunan terlebih masak, talam tidak akan licin dan merekah.
📌Sebelum di letak adunan ke-2, garu adunan pertama dengan garfu atau lorekkan sedikit permukaan bertujuan lapisan berikut akan lekat.
📌Potong kuih talam apabila betul-betul sejuk dan gunakan pisau plastik/tajam.

No comments: