Pages

Followers

Sunday, June 17, 2012

KENALI JENIS TEPUNG DAN KEGUNAANNYA

SUMBER : Reen Khan Shariff

1. TEPUNG SERBA GUNA
Tepung serba guna yang sesuai untuk sebarang jenis masakan. Secara lazimnya, kita menggunakan tepung gandum (biasa) kerana lebih mudah didapati.

2. TEPUNG BERPROTEIN TINGGI
Tepung berprotein tinggi untuk membuat roti kerana daya menganjalnya agak tinggi, jadi lebih sempurna setelah diadun dengan yis.

3. TEPUNG BERPROTEIN RENDAH
Tepung berprotein rendah pula adalah lebih sesuai untuk dibuat kuih pau dan seumpamanya.

4. TEPUNG GANDUM
Tepung gandum biasa yang banyak dipasarkan secara komersial. Fungsinya serupa dengan tepung serbaguna.

5. TEPUNG KRIMER
Krimer adalah seperti susu (berlemak tambahan) yang sering dibubuh ke dalam minuman seperti Nescafe atau teh. Boleh dibeli di dalam pek atau di dalam botol sebagai Non-Dairy Creamer. Yang dimaksudkan di sini, adalah tepung susu daripada jenama “Carnation”.

6. TEPUNG NAIK SENDIRI/SELF RAISING FLOUR
Tepung naik sendiri atau juga dipanggil tepung berserbuk penaik mempunyai kandungan serbuk penaik serta sedikit soda penaik (baking powder / soda bicarbonate). Tepung jenis ini banyak dijual di pasaraya. Namun jika tiada, ayak 250 gm tepung gandum dengan 1 sudu makan (rata) serbuk penaik. Hasilnya tetap sama.

7. TEPUNG SUPERFINE
Superfine sama dengan flourcake flour.Tekstur Tepung ini halus,seperti self raising flour tapi tiada bahan penaik didalamnya seperti self raisingflour.Tepung nie dikotegeri dalam tepung low protien.

8. TEPUNG ROS
Tepung ros sebenarnya mengandungi bahan tepung jagung yang boleh merangupkan biskut. Namun anda tidak perlu mengurangkan penggunaan tepung jagung jika sukatan tepung jagung itu tidak terlalu banyak dalam resepi sedia ada. Dikatakan hasilnya adalah lebih baik dari biskut yang diperbuat daripada tepung gandum.

9. TEPUNG HONG KONG
Tepung Hong Kong juga dikenali sebagai Water Lily Flour, iaitu sejenis tepung yang sangat putih sering kali digunakan untuk membuat pau. Sesetengah kedai membekalkan peralatan kek atau biskut tidak menjual tepung jenis ini kerana ia mudah rosak (sama ada berkutu atau berkulat). Sebagai gantinya, gunakan tepung pau di dalam kotak (jenis Blue Key atau jenama lain yang bersamaan nilai-nilai protein di dalamnya) walaupun hasilnya mungkin tidak serupa tetapi rasanya tetap serupa.

10. TEPUNG PULUT
Glutinous rice flour ialah tepung pulut (berwarna putih) dan diimpot dari negara jiran, Thailand. Plastik pembungkusannya hampir sama dengan plastik tepung beras jadi, jangan terkeliru. Dihasilkan dengan teknologi moden sehingga semua kandungan khasiat yang ada pada beras tidak hilang.

11. TEPUNG OPTIMA
Tepung optima adalah sejenis tepung yang mengandungi gula di dalamnya dan sesuai dibuat kek keju. Bagaimanapun penggunaan tepung serba guna, tepung jagung atau tepung kastad boleh digunakan sebagai pilihan bergantung pada resepi.

12. TEPUNG WHOLEMEAL
Tepung gandum tulen yang mengandungi serat gandum yang tidak hancur. Tepung ini tidak boleh diayak dan jika digunakan, hasil roti atau muffin agak berat (heavy-textured).

13. TEPUNG HOEN KWEE
Tepung hoen kwee digunakan untuk buat kuih muih bagi sesetengah masyarakat. Namun di pasaran tepung jenis ini mempunyai pelbagai jenis warna pembungkusnya. Plastik berwarna oren mempunyai adunan tepung kekuningan (pastel yellow).

Manakala plastik hijau mengandungi adunan tepung kehijauan (pastel green) tetapi anda perlu mencampurkannya dengan jus pandan dan beberapa titik pewarna hijau untuk mendapatkan warna yang terang. Sementara plastik biru mengandungi adunan tepung putih. Gunakanlah mengikut kesesuaian anda.

14. TEPUNG KASTAD
Selain mewangikan, tepung kastad akan membuat tekstur kek lebih rapat. Anda boleh gantikan tepung kastad dengan tepung gandum jika suka. Bagaimanapun untuk mendapatkan kek yang lebih gebu, gantikan juga tepung gandum dengan tepung naik sendiri dan lihatlah hasilnya.

15. TEPUNG UBI
Tepung kanji adalah teoung ubi kayu (lebih meliatkan adunan) namun bagi sesetengah tempat, biasa juga menggantikannya dengan tepung sagu (sago flour).

16. TEPUNG JAGUNG
Tepung jagung fungsinya memang memekatkan walaupun agak berbeza dari penggunaan tepung ubi.

17. TEPUNG NAIK SENDIRI
Tepung naik sendiri adalah SELf-RAISING FLOUR atau ‘Flour with Added Raising Agent’. Tepung naik sendiri mempunyai kandungan serbuk penaik serta sedikit soda penaik (baking powder and/or soda bicarbonate)

18. TEPUNG ROSE
Rose Flour ada mengandungi bahan yg boleh merangupkan biskut tetapi anda tidak perlu mengurangkan penggunaan tepung jagung jika sukatan tepung jagung itu tidak terlalu banyak. Biskut yg diperbuat dengan Rose Flour akan menjadi lebih rangup jika dibandingkan dengan biskut dari tepung gandum.Tepung Rose juga dikenali sebagai Tepung Top dan Tepung cookies.Elok kalau dibuat Biskut Almond London.

19. TEPUNG HONGKONG
Tepung Hong Kong juga dikenali sebagai Water Lily Flour sejenis tepung yg sangat putih, digunakan untuk membuat pau. Sesetengah kedai membekalkan peralatan kek/biskut tidak menjual tepung jenis ini kerana ia mudah rosak (berkutu/berkulat). Oleh kerana faktor inilah juga maka ia tidak dijual di pasaraya. Jika anda ingin membuat kuih pau, boleh gunakan tepung pau di dalam kotak (jenis Blue Key atau jenama lainnya) walaupun hasilnya mungkin tidak sama tetapi rasanya tetap serupa.

20. TEPUNG GLUTINOUS RICE
Glutinous rice flour ialah tepung pulut (putih) yg dijual di merata kedai (termasuk kedai mamak). Ia diimport dari Thailand. Plastik pembungkusnya hampir sama dengan paket rice flour (tepung beras), jadi, jangan terkeliru.

21. TEPUNG KEK
Tepung kek atau cake flour tidak banyak bezanya dengan superfine flour (boleh dibeli di dalam kotak) tetapi, anda akan dapat hasil yg agak sama jika anda mengayak tepung gandum sebanyak 3 kali.

22. TEPUNG OPTIMA
Tepung Optima adalah sejenis tepung yang mengandungi gula di dalamnya. Tepung Optima ini adalah tepung yang telah siap sedia untuk kita menyediakan Kek Sponge. Apa yang perlu kita buat adalah hanya masukkan telur, air mentega dan tepung optima. Pukul adunan itu semua dengan mixer sehingga adunana menjadi pekat dan likat. Kemudian ia sedia dibakar.

Thursday, June 14, 2012

Koleksi Masakan Celyn Rashid

Apam polkadot/ladybirds
Resepi
3 bji telur(di peti ais)
150g susu segar/cair(dlm peti ais)
1 sduteh ovelete
220g gula halus/castor
275g tepung gndum*ayak*
2sduteh serbuk penaik*ayak*
jem(pe2 la ikut citarasa)

CARANYA;
pkul telur,gula n ovelete smpai kembang n gebu,
masukn susu,pkul sbentar,masuk tepung n srbk penaik.
putar sebati.
bhgi kpd warna,masuk dlm piping.
lau nk buh inti,pipingkn skit dlm acuan n buh jem kmdian piping lgi smpai abis n penuh ,bru leh wat design yg di sukai.
kukus 5~10 min.
KEK KARAMEL COKLAT
KARIPAP SARDIN
CHILI CRAB
Nasi Goreng Sempoi & Mee MAGGI Kari kaw~kaw
PUDING DOT~DOT STRAWBERY PELANGI

POPIA SHINTAKE SOS TIRAM

iSi ayam/udang(di cincang2)
bwg putih 4 ulas
sos tiram(bnyak pon xpe)
lada sulah
kiub ayam/serbuk pati ayam
sengkuang(hiris)
lobak merah(hiris)
tauge
cendawn shintake(rendam /basuh n hiris)
kulit popia
*lau nk goreng celup telur (pecahkn sebiji/2 telur n celup je pas tu goreng ngn api perlahan)

~tumis bwg putih,masuk isi aym/udang n buh sos tiram(bnyak xpe).lada sula n serbuk ayam.
~masukn lobak,cendawan n sengkuang sampai empuk
~matikan api masuk tauge,gaul2 sebati.
~gulung dgn kulit popia.
~bole terus goreng.@
~pechkn telur celup popia n goreng dgn api perlahan.

sos.
~cili merah
~bwg putih
~garam/gula
~jus limau kasturi.
*blender sampai lumat n masak dgn api perlahan*

  Ayam kicap berempah
KEK BLUBERY BUTTER CHEESE
CREAM PUFF CASTARD JAGUNG

Koleksi Masakan LadyItis Ov


Finnish- Salmon cheese kentang bakar
(Suomalainen- Lohijuustolaatikko)

BAHAN:
250g salmon fillet- potong 6 keping
10 biji ubi kentang- potong sederhana nipis
500ml cream kotak- yg jenis tinggi lemak
150g cheese philadelphia
2 btg lobak merah- potong sederhana nipis
150g broccoli- potong sederhana besar
100g peas
1 btg pumpkin- jenis spt timun potong sederhana nipis
2 biji bawang besar- hiris sederhana nipis
2 ulas bawang putih- hiris nipis
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh serbuk kasar lada hitam
1/2 sudu teh serbuk kari ikan
1 kuib knorr sayuran
1 sudu teh garam
1/2 gelas air

Asmah Hashim

Namaku Asmah Bt Hashim.  Anak sulong dari 5 beradik.  Arwah ayahku bernama Hashim b. Hussin, berasal dari Negeri Sembilan.  Emakku bernama Fatimah bt. Satun asal Sabak Bernam.  Aku dilahirkan 43 tahun yang lalu.  Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Bangsar Jalan Bangsar sehingga darjah 6.  Kemudian menyambung pelajaran ke tingkatan satu di Sek. Men. Sri Pantai Kampung Kerinchi sehingga tingkatan 5.  SPM taklah cemerlang sangat, tapi bolehlah setakat nak sambung belajar kat UITM tapi tak minta pun, orang dah masuk meminang..laku awal ( Ketawa).

Aku di lahirkan di Hospital Assunta.  Waktu tu baru sebulan dari kejadian 13 Mei 1969.  Waktu tu mana ramai doktor melayu, hospital tu pula ramai doktor berbangsa cina, punyalah takut emak aku, takut dia dan aku di apa-apakan..nasib baik doktor itu semuanya profesional, yang bertelagah orang politik. Aku membesar di sebuah kampung setinggan, Kampung Paya namanya, dekat dengan Kampung Haji Abdullah Hukum, sering banjir kerana dekat dengan Sg. Klang. Sekarang ni Kampung tu dah tak ada, sudah diganti dengan Flat 22 tingkat dan Mid Valley, berubah wajah sungguh tempat aku bermain dan di besarkan.

Sejak kecil aku suka membaca buku, sehingga kadang-kadang 'curi' duit mak nak belik buku, nakal waktu kecil. Emakku berniaga kuih di tepi Jalan Bangsar, dekat dengan Restoran Mamak Muhibba. Kalau sahabat-sahabat ke Bangsar pasti dapat lihat restoran itu lagi masih hidup sehingga kini.  Aku sering membantu emak kerana aku anak yang sulong jadi tanggungjawab tu besarlah, tak merasa sangat nak bermain macam kawan-kawan lain satu kampung .  Emakku garang orangnya, tapi dah tua ni makin baik dan penyayang pula.  Emak masih ada dan sekarang tinggal di Pantai Halt rumah PPRT dengan adik dan adik iparku. 

Kenapa aku tak masuk U ada ceritanya tersendiri, waktu sekolah aku minat kebudayaaan, maknanya minat pada tarian melayu.  Konon nak jadi koreograferlah, terlalu leka dengan aktiviti luar aku terlupa nak isi borang masuk U.  Akhirnya aku tidak ke mana-mana.  Habis sekolah aku join group teater tetapi bukan nak jadi pelakon aku minat menari je.  Sehingga lah aku dilantik sebagai Penolong Koreografer, kalau ada show pasti aku menjadi  pilihan untuk menari ( ketawa).  Selalu buat show di Central Market.  Pernah keluar muka kat majalah tapi taklah sampai popular macam artis.

Arwah ayah dan emak tidak melarang.  Suamiku orang Perlis, Kuala Perlis, Lahir di Kedah membesar di Perlis.  Dia juga anak sulong dari tujuh beradik.  Ayah mentuaku dah sembilan tahun meninggal , emak mentua sekarang di Pondok Al Jenderami. Nama suamiku Shahari Hassan, dulu satu group teater denganku. Kami tidak bercinta, dia terus je masuk meminang, arwah ayah terus je setuju walaupun aku tak setuju.  Anak yang taat kenalah dengar kata orang tua.  Jodoh kami kuat dan sudah jodohku dengannya, kami bahagia sehingga kini..Alhamdulillah.

Aku bernikah pada 12.12. 1987.  Kami dikurniakan tiga orang anak, yang sulong lelaki dan sudah pun berumahtangga, yang kedua masih belajar di Kolej As-Sofa , yang bongsu bersamaku di Maahad Az Zein menghafal Al-Quran.Suamiku mencuba berbagai perniagaan, dari syarikat IT ke sebuah Restoran.  Kami pernah buka restoran, Ani Sup Utara dua tahun setengah di Putrajaya, Kami buka restoran berkongsepkan francise, tapi usaha itu gagal, mungkin bukan rezeki kami agaknya.  Tak apalah aku tidak pernah kecewa, apa yang terjadi ada hikmahnya tersendiri.  Dulu suami menjadi PA kepada Syeikh Noreuddin Al Banjari Al Makki, dua tahun kami bersama beliau, bila perniagaan di tutup, ada seorang hamba Allah menawarkan untuk sama-sama membuka sebuah rumah anak yatim..maka tertubuhkan Maahad Az Zein Al Makki .  Bersyukur dengan ketentuan Allah kepada kami.

Antara pekerjaan yang pernah aku lakukan adalah : Pembantu Klinik pergigian Dzul Dental Surgery di Damansara setahun aku bekerja di situ, waktu tu baru berkahwin. Pernah bekerja  Sebagai Setiausaha Kerja Hal Ehwal Wanita ABIM Kedah..setahun juga aku bekerja di situ, waktu tu kami tinggal di Kedah .  Suamiku waktu itu bekerja di ASNB cawangan Utara. Setahun genap aku bersama Pertubuhan tersebut.  Pekerjaan terakhir aku adalah Sebagai Pegawai Akauan di Rumah Kebajikan Kompleks Kebajikan Rukaiyah di Sg.Merab, dua tahun aku bersama mereka. Seronok bekerja dengan kebajikan ni, dan sebenarnya satu kepuasan membantu orang lain kan.

Aku seorang yang sempoi dan simple.  Aku tidak suka make-up .  Sejak kerja dengan ABIM aku mula pakai tudung labuh, itu syarat mereka, ikutkan aje le.  Sekarang dah terbiasa dan selesa sebenarnya, pakai jubah dan tudung labuh ni.  Ikut diri masing-masinglah.  Aku suka berkawan dan bersahabat, suka bersembang dan berbual.  Mudah je berkawan dengan aku, perlu ikhlas dan jujur serta berterus-terang.  Kepada sahabat-sahabat terimalah aku seadanya ya...kita berkawan dan bersahabat biarlah kekal lama.  Sebenarnya bila kita dah akad mengatakan kita sahabat maka sudah dikira sah( macam bernikah pula ya) ada keperluan sebagai seorang sahabat kepada sahabat yang wajib di penuhi...kalau saya jumpa maklumatnya nanti saya post kat sini ya...harap sahabat-sahabat ta'aruf boleh Ta'aruf diri masing-masing di sini ya...

Koleksi Masakan Yusnizah Mohd Bachalan

Bingka Durian
bahan-bahan nya
1 cawan durian
3 cawan santan
2 cawan air pandan
3 cawan tepung gandum
3 biji telur
1 1/2 cawan gula 2 ikut manis
2 sudu makan butter
secubit garam
pewarna hijau epal..
CARANYA MASUKKAN SEMUA BAHAN KE DLM BLENDER DAN BLEND HINGGA SEBATI ..PANASKAN ACUAN BINGKA KAT ATAS DAPUR GUNA API KECIL JGN LUPA TUANGKAN SEDIKIT MINYAK MASAK KE DLM ACUAN BINGKA BILA DAH PANAS MASUKKAN ADUNAN BINGKA DAN BIARKAN HINGGA MASAK

Koleksi Masakan Selly Millivonmilli Zass

Sarapan ala east meet west
Siakap 3 rasa

T-shirt by Pena Ungu

Wednesday, June 13, 2012

Pertandingan Pantun Ta'aruf


Pertandingan menulis Pantun bermula 4.6.2012 sehingga 7.6.2012..pemenang akan dipilih berdasarkan pilihan LIKE paling banyak. setiap orang boleh menghantar 2 pantun sahaja. Pemenang akan diumumkan oleh Admin dan hadiahnya disediakan oleh Puan Norlida Hisham.

Hadiah2nya :
1. Handphone bernilai rm88
2. Speaker rm 60
3. Headphone rm40
4. Starter pack celcom rm10
5. Starter pack maxis rm8.80
6. 3 keping topup rm5 untuk 3 org