Pages

Followers

Sunday, October 28, 2012

Asmah Hashim


~KEK LAPIS BOOK & Asam Manis ( asam duit-duit)

bahan:
10 biji telur gred A
1 gelas gula halus ( ct guna 1 cwn penuh)

16 oz mentega (guna lh krg 450gm je)
2 gelas tpg hongkong/tepung naik sendiri ( 2 cawan penuh)
1 sudu ovellete
1 bungkus horlick kecil ( 200gm)
1 tin tinggi susu pekat manis ( 505gm )
1 sudu teh esen vanilla


cara:
1.pukul mentega dan gula hingga kembang dan putih
2.masukkan telur satu persatu.gaul rata..
3.masukkan susu manis, tpg hongkong,ovellete, dan horlick.gaul rata.
4.masukkan esen vanilla.pukul sebati.
5.bakar 5 sudu makan setiap lapisan hingga habis...
6.lapisan pertama bakar api atas bwh api 140c slma 10 min atau sehingga masak..lapisan kedua dan seterusnya bakar guna api atas ..dan lapisan terakhir guna lg api atas dan bawah utk memastikan msk keseluruhan nya..
setiap lapisan hendak lah d tekan utk memastikan tiada gelembung dan akan membuat kan lapisan nampak cantik dan padat..

** suhu oven bergantung pd oven masing2...selamat mencuba yer kawan..pasti x nyesal sbb mmg sedap..


Resepi:-Ct Zarith & June Ahmad..

Hidangan:AsmahAsmah Hashim

ASMAH HASHIM


Inilah rupanya Kek Chiffon Layer pandan sebelum di potong..

KEK CHIFFON LAYER PANDAN

BHN:
6 biji telur ayam --asing putihnya
300gm gula halus
1/4 cawan minyak jagung
240gm tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
1 cawan santan pekat - guna susu cair je
10 helai daun pandan --blend ambik patinya di campurkan dlm santan jadikan secawan

* kalau malas blend daun pandan pakai je esen pandan dan pewarna hijau epal, beginilah jadinya...

CARA:
1- Pukul 1/2 sukatan gula dengan kuning telur hingga putih warnanya,masukkan minyak jagung dan pukul lagi

2- Masukkan santan yang telah dicampur dengan pati pandan dan garam.

3- Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder sedikit demi sedikit hingga habis sambil digaul rata.

4- Dalam bekas lain pukul putih telur hingga kembang kemudian masukkan baki gula halus dan pukul lagi hingga betul2 pekat - kalau terbalikkan tu tak jatuh ler..

5- Campurkan adunan tepung tadi ke dalam putih telur sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan guna spatula
satu arah sahaja.

6. Masukan ke dalam bekas yang anda suka dan bakar mengikut suhu oven masing-masing, jangan terlalu panas, saya bakar dalam suhu 170 ' c....

LAYER PANDAN:-

100 gram tepung hoen kwe
susu cair 1200 ml
1 cawan gula pasir

Caranya:

Campurkan semua bahan masak atas dapur dengan api kecil sampai pekat .

Bila dah siap semua mulalah melapiskan. Saya hanya potong dua kek itu. Takut juga pada mulanya sebab ikut resepi kena letak serbuk agar-agar, oleh kerana tidak baca resepi sampai habis maka hanya letak tepung hoew kiew itu sahaja, Nasib baik jadi. Lepas melapis jangan lupa simpan dalam peti sejuk lagi lama lagi baik...selama mencuba ya

Resepi Chiffon Kek Pandan:Mai Zura
Hidangan:Asmah Hashim..

Wednesday, July 11, 2012

Koleksi Masakan Zarin Hashim



~SAMBAL UDANG GORENG ASAM~

1/2 kg udang
4 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 inci halia (ditumbuk)
1 batang serai (dititik)
sedikit belacan (ditumbuk)
2 senduk cili mesin
4 helai daun limau
air asam secukupnya

~caranya~

~Tumis semua bahan yg ditumbuk & dititik termasuk cili mesin sehingga garing'
~ masukkan air asam , garam & aji secukup rasa. biarkan mendidih
~masukkan udang dan diarkan kuah menjadi sederhana pekat.
~sedia untuk dihidang.

Resepi oleh Zarin Hashim

Koleksi Masakan Anna Rohana

Koleksi Masakan Ucu Tipah


Koleksi Masakan Salmah Haron

Buah Melaka

sabsuka slmah style:
1/2 kg daging cincang-bersihkan dan gaul dgn halia/bwg putih kisar-ketepikan kejap
2 bj bwg besar-potong dadu
2 bj tomato-dadu
2 pokok saderi -dipotong2
2 cili hijau-belah 2 dan potong mereng
1 tin kecil tomato pure
3-4 smkn cili kisar
minyak sapi untuk tumis (xda pun boleh guna minyak biasa)
garam dan 2 smkn gula
3-4 smkn bwg goreng
caranya:
panaskan minyak dan masukkan daging kisar, kacau supaya xberketul dan masukkan cili kisar, tomato pure. kacau supaya serata. masukkan bwg besar, tomato, bwg goreng. lauk ni xla kering sangat..ada kuah ckit2. bila kuah dah agak pekat, masukkan daun saderi dan cili hijau potong tadi.
* enak dimakan dengan roti dan telur mata lembu. cubalah.


tauhu sumbat:
sosnya:
1 btg keledek yg sederhana besar-direbus
1-2 smkn cili kisar@ 5 tangkai cili kering)
1 smkn bijan yg disangai
2 smkn gula(kurangkan kalau rasa manis sgt)
secubit garam
2 ulas bwg putih
beberapa titis air limau kasturi
caranya:
kesemua bahan diblend hingga halus KECUALI bijan dan jus limau. kemudian direneh diatas api sampai mendidih dan masukkan bijan dan jus limau, kemudian bolehlah tutup apinya.


Bingka Durian:
3 bj telur saiz A
3 ulas durian-buang bjnya
13/4 cwn tpg gandum
3/4 cwn gula
31/2 cwn santan
1 sudu mentega@butter
secubit garam, esen vanilla, pewarna jg suka dan bijan
caranya:
-blend telur bersama gula
-masukkan santan, durian,tepung, garam, pewarna dan esen vanilla-putar hingga sebati
-masukkan butter kedlm loyang dan panaskan sekejap dlm oven yg dipanaskan terlebih dahulu.
keluarkan loyang dan masukkan adunan kedlm loyang.
bakar selama 1 jam-160c
*20 minit pertama akak gunakan api bawah sahaja, selebihnya api atas bawah
*selepas 20 minit membakar, taburkan bijan.
--selamat mencuba--


mee bandung untuk 1 mangkuk
secekak me kuning-cuci dan toskan
2 smkn cili kisar
2 bwg putih ketuk halus
1 smkn minyak untuk tumis
1 mangkuk air
hirisan daging
1 bj telur
1/2 ketul tauhu-hiris kasar
1 susu sos tiram
2 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
sayur2an-suka hati kita sy guna-sawi, karot, tomato
dan daun bwg/sup untuk tabur
bawang goreng -tabur
1 sudu kacang tanah kisar kasar-tabur
1 limau kasturi
hirisan cili merah-tabur
*sy xguna garam dan serbuk perasa
caranya
-panaskan minyak dan tumis bwg putih sampai naik bau. masukkan cili kisar dan kacau sekejap dan masukkan air.
-masukkan daging dan semua sos. bila dah mendidih pecahkan telur. biar samapi satakat mana kita nak telur tu masak. angkat telur dan ketepikan telur itu. masukkan karot. biarkan kejap.
-kemudian masukkan me dan sayur2an. last sekali masukkan tauhu. bila me dah agak masak tutup apinya. masukkan dlm mangkuk. letakkan telur diatasnya dan taburlah bahan2 tabur tadi dan hirisan limau. siap untuk dimakan.
-selamat mencuba-

lontong goreng:
nasi impit secukupnya-dipotong dadu
sambal ayam-isi ayam disiat2
bawang merah/putih -untuk tumis
2 sudu cili kisar
garam dan serbuk perasa(kalau suka)
sedikit kobis-dihiris
1 batang karot di hiris





Rendang Kerang: (xda sukatan..agak2 je)
kerang direbus dan kopek
cili kering-kisar
bwg merah/besar-kisar
sedikit kunyit hidup-kisar
serai-kisar dan serai titik
bwg putih-kisar
sedikit halia-kisar
kerisik
santan
minyak untuk tumis
daun limau/daun kunyit
garam serta gula.
caranya:
panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai naik bau, kemudian masukkan santan, kerang, serai titik, garam, gula, kerisik dan bahan2 lain kecuali daun limau dan daun kunyit. masaklah hingga kuahnya kering dan mengikut kepekatan yg kita suka. pada saat2 yg terakhir tu masukkan daun limau dan daun kunyit. sy hiris2kan halus2 daun2 tu.

Koleksi Masakan Rosnah Abu Bakar

Rosnah Abu Bakar
BENGKANG GANDUM PANDAN

3 cawan tepung gandum
11/4 cawan gula (ikut manis)
7 helai daun pandan di blend dengan 2 cawan air
2 cawan santan pekat (Kak Ros masukkan dalam jug penyukat - santan + air daun pandan jadikan sukatanya 4 cawan)
4 biji telur - di buang pusatnya supaya tidak hanyir ( di kocak rata dengan garfu)
Sedikit garam
Sedikit pewarna hijau jika suka (kak ros bubuh 2 titik je)

CARA:

1. Dalam mangkuk gaulkan gula dengan tepung gandum .Lubangkan di tengahnya dan bancuh dengan telur dan air pandan+ santan tadi.

2. Adunan ini kak ros kacau sekejap atas api dalam periuk yg tidak melekat hingga pekat . Kemudian baru di masukkan kedalam loyang yang di bubuh sedikit minyak/mentega/minyak sapi.(mana2 pun boleh). Taburkan bijan di atasnya. Masukkan kedalam oven..

3. Panaskan oven 200C mengikut kepanasan oven masing2. Kak Ros punya dapur gas biasa je lama punya Takde api atas pun... Tadi kak Ros bakar selama 11/2 jam baru elok gareng di atasnya..

4. Kuih ni lembik sedikit tapi setelah sejuk esok baru cantik di potong. Tak suka jika keras kuih ni.

SELAMAT MENCUBA..
KEK APRIKOT
1 cawan majerin pelangi
3/4 cawan gula custer
4 biji telur
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh bicabonate soda
1/2 sudu teh esen pisang
1 sudu makan susu pekat
2 sudu makan susu segar dlm kotak - dibancuh dengan susu pekat
1/2 cawan aprikot kering - dihiris
1/2 cawan kismis hitam
1/2 cawan badam cincang

CARA:

1. Pukul majerin & gula hingga kembang
2. Masukkan telur sebiji2 pukul lagi hingga sebati
3. Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder & bicarbonate soda ke dalam adunan majerin tadi berselang seli dengan susu dan bubuh esen pisang.. Kaup balik dengan mengguna senduk kayu sahaja.. Hingga sebati. Akhir sekali masukkan buah aprikot & kismis.. Tinggalkan sedikit untuk hiasan di atas kek.
4. Lenser acuan dengan majerin dan tabur tepung. Kemudian masukkan adunan dan tabur buah aprikot, kismis dan badam.
5. Masukkan dalam oven kepanasan 180C hingga masak lebih kurang 45 minit..

SELAMAT MENCUBA!! Recepi by Kak Ros.
RESEPI FRUIT COCTAIL & SUMI SOS KASTAD

1 tin susu cair
1 tin air
3 biji kuning telur - dipukul dengan garfu
1 cawan gula pasir
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu tepung kastad
secubit garam
1 tin fruit cocktail
2 peket sumi anika warna - disimpan dalam frezer dahulu

CARA:
1. Satukan semua bahan kedalam periuk kecuali sumi & fruit koktail dan kacau dengan api sederhana hingga mendidih.
2. Sejukkan dan masukkan fruit coctail & sumi yg disimpan dalam frezer keluarkan dan dibelah dua.
3. Simpan semula kedalam peti ais... -dihidangkan ketika sejuk
SELAMAT MENCUBA : Resepi by Rosnah Abu Bakar












Koleksi Masakan Norsiah Mohd Nor

Koleksi Masakan Mimie Adrenanlinku Ahmad Latif

Koleksi Masakan Etya Memet

Koleksi Masakan Chah Ramlan

Koleksi Masakan ‎Masila Abdul Aziz




Koleksi Masakan Milah Bakar





Koleksi Masakan Asmah Hashim


Kek kukus susu resepi dari Azlita Aziz tq Ita atas resepinya lembut n gebu n sedap n akan buat lagi..
Bahan2nya
250gm butter (suhu bilik)
1 cwn gula halus
6 biji telur (gred A)
1 sudu esen vanila
3 cwn tepung naik sendiri
1 cwn susu pekat
1/2 cwn air(gantikan susu segsr boleh gak)
1 sudu teh ovellete
Panaskan kukusan
sediakan loyang berukuran 9 in
Gris loyang dgn butter n lapikan dgn ketas minyak
Dlm mangkuk maxer pukul butter n gula hingga kembang
Masukkan pvellete n pukul lagi hingga rata
Masukkan telur sebiji2 n pastikan telur telah bergaul sempurna baru la dimasukkan satu lagi n hingga abis
masukkan esen vanila n pukul lagi hingga rata
Masukkan susu pekat n terus memutar
Tutup maxer
Masukkan tepung berselang seli dgn air (susu segar) kaup balik jer sampai adunan sempurna
masukkan dlm loyang n tutp dgn almunium foil n kukus selama 45 minit-1 jam bila kek msk biarkan sebentar n pas tu leh kuarkan dari loyang..



Kek Marble Ucu Tipah..

Bahan-bahan :-
6 biji telur - gred c
1 1/2 cawan gula castor
2 cawan tepung naik sendiri
250 gram buter/planta apa sahaja yang sewaktu dengannya..
2 sudu susu pekat
Pewarna merah dan hijau- warna lain pun boleh dan letak coklat pun boleh. Apa sahaja warna yang terfikir oleh puan-puan
itu sahaja bahan yang saya guna...

Cara-caranya :
6 biji telur dan 1 cawan dipukul sampai kembang- sebenarnya tersilap buat dah buat teruskan sahajalah ...
1/2 cawan gula pukul dengan butter sampai kembang.
satukan kedua-dua bahan yang dah mengembang itu
Masukkan 2 sudu susu pekat. sudah sebati
Masukkan tepung 2 cawan tadi sedikit demi sedikit sehingga habis.
Loyang saya lupa pula saiznya..sebab dah lama beli. gris dan letak kertas minyak . Bahagi kepada 3 bahagian. Kalau nak jadi macam dalam gambar, saya letakkan yang tidak berwarna di bahagian bawah, hijau dan merah di selang selikan sehingga habis. Lepas tu nak buat bagaimana ikut suka puan-puan..panaskan oven 180 darjah. Masak dalam 45 minit ke 1 jam ikut oven masing-masing. Dah masak keluarkan dari oven dan sejukkan..sedia untuk dinikmati bersama keluarga di cuti-cuti sekolah ni....
By Asmah Hashim


Ini resepi dari Utara Tanah Air..paling laris di rumah kenduri-kendara.. resepi dari Ani Bawok..akak cepat-cepat bla sebab ..komen dah panjang berjela..sebelum kena marah lagi baik cabut he he....ini akak kongsikan untuk sahabat-sahabat di Ta'aruf..

GULAI DAGING-REBUNG

Bahan-bahan:
300gm rebung - dihiris
600gm daging cincang
4 sudu makan rempah kari daging
1 mangkuk santan
125ml air
Garam secukup rasa

Bahan tumis:
2 biji bawang besar – dihiris halus
3 ulas bawang putih – dihiris halus
2.5cm halia - dihiris halus
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
1 sudu teh jintan manis
1 batang kulit kayu manis
2 tangkai daun kari

Cara memasak:
1. Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali. Tumis bunga lawang, bunga cengkih, jintan manis, kulit kayu manis dan daun kari sehingga berbau harum.
2. Masukkan bahan hiris, tumis lagi hingga wangi.
3. masukkan rempah kari daging yg telah dicampur dgn sedikit air. Tumis hingga rempah masak.
4. Masukkan daging, gaul hingga keluar air daging, masukkan santan dan air . Biarkan mendidih.
5. Masukkan rebung dan terus masak menggunakan api sederhana hingga daging empuk.
6. Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit serbuk perasa. Biarkan sebentar. Siap.


Telur Asin Kukus Pegaga & Udang ambil resepi LinaKz Shaari resepi asal pakai tempe..

Bahan:
Telur asin
Tempe (potong kecil, goreng)
Cili masak (nak pedas guna cili api) *
Pegaga *
Bawang goreng
Hiris bahan yg bertanda *
Cara:
Campur semua bahan bersama telur asin dan kukus selama 15 minit. Selamat mencuba
Resepi :- LinaKz Shaari
Hidangan: Asmah Hashim


Ayam Masak Hitam..( kurang kicap jadi tak berapa hitam)

Bahan-bahan:-
1 ekor ayam - potong ikut kehendak puan-puan
1 senduk cili kering yang telah diblend*
4 batang serai*
2 inci halia*
4 ulas bawang putih*
5 biji bawang besar*
3 kuntum bunga lawang#
1 batang kulit kayu manis#
4 sudu cili sos
1 senduk kicap pekat manis
4 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil serbuk kari
* bahan ini diblend sehingga lumat
Caranya:
1. ayam digoreng jangan terlalu garing, Tuang 2 senduk minyak .
2.Tumis bahan #
3.Tumis bahan * sehingga garing dan masak
4.Masukkan kicap pekat, sos cili, sos tiram, rempah kari . Masak lagi
5.tambah garam tetapi hendaklah rasa terlebih dahulu sebab semua sos sudah mempunyai garam dan gula, Masak sehingga pekat.Kalau suka cair tambah air

Nasi Tomato:

Bahan-bahannya:-
5 pot susu beras
2 biji bawang besar*
4 ulas bawang putih*
2 inci halia*
6 sudu besar sos tomato
1 batang kulit kayu manis
3 ulas bunga lawang
2 sudu besar planta
1 senduk minyak masak
2 helaidaun pandan
garam dan serbuk perasa jika suka...

Caranya:-
1. Tumis bahan-bahan *sehingga lumat
2.Panaskan minyak dan majerin. masukkan daun pandan, kulit kayu manis, bunga lawang.
3.Masukkan sos tomato masak seketika. Tuangkan ke dalam periuk yang sudah berisi beras dan sukat airnya. Letak garam dan sedikit serbuk perasa.
4.Tunggu sehingga nasi masak dan boleh dihidangkan dengan lauk ayam masak hitam tadi..

ByAsmah Hashim


BINGKA ROTI PANDAN...

Bahan-Bahannya:-
2 biji telur ayam
1/2 cawan gula pasir - kalau nak manis tambahlah lagi.
5 keping roti
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar planta
1 sudu teh garam
1 sudu esen vanila
500 ml susu cair / santan- saya letak santan ( 400 ml susu cair + 100 ml air perahan daun pandan)
bijan jika suka..

Caranya:-
Semua bahan diblend sampai hancur dan sebati.
2.Sapukan loyang dengan planta dan panaskan oven 180' c. bakar sehingga masak...

Hidangan: Asmah Hashim


BINGKA ROTI ( BINGKANG ROTI) CACA MERBA...

Bahan-Bahannya:-
2 biji telur ayam
1/2 cawan gula pasir - kalau nak manis tambahlah lagi.
5 keping roti
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar planta
1 sudu teh garam
1 sudu esen vanila
500 ml susu cair / santan- saya letak santan ( 400 ml susu cair + 100 ml air)
2 keping roti di carik-carikkan untuk di tabur atas roti*
Kismis / bijan untuk hiasan jika suka....


Caranya:-
Semua bahan diblend sampai hancur dan sebati. Kecuali *.
2.Sapukan loyang dengan planta dan panaskan oven 180' c. Masukkan adunan ke dalam loyang, taburkan kismis dan roti yang telah dicarik-carikkan itu..bakar sehingga masak...

Hidangan: Asmah Hashim

KASUI PANDAN

Bahan2nya:-
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1 1/2 cawang gula- kalau nak manis tambahlah lagi
2 cawan air
1 cawan air pandan
1 cawan santan
1 sudu pewarna hijau
1 sdt garam
1/2 sdt kapur

caranya:
Semua bahan disatukan dan blend halus. Kalau tak blend kenalah tapis ya. Masak selama setengah jam atau sehingga masak. bolehlah di makan bersama kelapa parut yang telah dikukus terlebih dahulu agar tahan lama.. selamat mencuba.

By Asmah Hashim..
Resepi: Kak Nor Azmah

KEK LOBAK MERAH

Bahan-Bahannya:-
1 cawan Planta/butter
3/4 cawan gula kastor
4 biji telur
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan lobak merah yang telah diparut
1 sudu kecil esen vanila

Caranya:-
1. pukul gula dan planta sehingga kembang dan putih
2. Masukkan telur dan pukul lagi
3. masukkan esen vanila dan tepung, pukul lagi
4. akhir sekali masukan lobak merah yang telah disagat tadi
5.Gris loyang dan bakar 180 darjah sehingga masak..

By Asmah Hashim


Resepi dari http://dapurkakyah.blogspot.com/2012/05/kek-lapis-labu.html. Puan Rogayah Ibrahim..terima kasih untuk resepinya.

KEK LAPIS LABU

Bahan-bahannya:-
2 cawan tepung vanila sponge mix- saya pakai tepung naik sendiri.
4 biji telur
2 biji putih telur
1 sudu teh ovelette
2 sudu besar minyak masak
1/4 cawan air

Putar kesemua bahan(kecuali minyak) hingga kembang dan pekat.
Masukkan minyak dan putar seketika biar sebati.
bakar kek (bahagikan kepada 4 kali bakar) selama 15 minit dengan suhu 180C

Kastad Labu
Setengah biji labu saiz kecil..yang telah direbus
2 1/2 cawan santan
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
8 sudu besar gula
2 biji telur merah
Sedikit garam
Pewarna kuning

Kesemua bahan diblender dan dikacau atas api yang perlahan sehingga pekat dan mendidih. Setiap lapis kek dicurah dengan kastad labu dan disusun satu persatu dan bahagian paling atas ditabur juga dengan kelapa kering.( tak ada kelapa kering, apa pun bolehlah coktlat rice le yang jadi mangsa )

By Asmah Hashim.


BADAK BERENDAM

Inti kelapa
Kelapa
Gula timbang/hitam + gula pasir ikut selera
Garam
daun pandan
sadikit saja air
(Kalau guna microwave.. campurkan semua bahan gaul rata... masukkan kat micro on high .. 15 min... atau berhentu sakejap .. gaul rata masukkan balik kat micro sakejap sampai pekat dan sebati)
Masak atas api dan gaul hingga masak dan agak kering.

DOH
Tepung pulut 1/2 pkt
pandan paste
garam + air sikit.. larutkan
air jng bnyk

Masukkan air sikit2 kedalam tpg yg sudah di curah sir garam dan pandan paste... uli hingga adunan lembut .. kalau terlembik tambah tpg lagi .. jng lembik sangat. Keras sikit pun tak apa... ketepikan. Tenggek periuk yg berisi santan dan susu cair sikit .. kalau tak mahu guna santan sapenuhnya... kalaunnak guna santan semua pun boleh. Agak2 jng cair atau pekat sangat dan bubuh garam dan potongan daun pandan. hidupkan api tapi dan biarkan mendidih sakejap lepas tu
perlahankan api.. biar dia merenih...

Kemudian buat bola2 kecil dan isi inti dan masukkan kedlm santan .. mesti panas dan buat sampai habis.. sambil di kacau perlahan2 supaya tak melekat di bawah. Besar kan api dan masak hingga tpg timbul.. dan biarkan di dlm santan matikan api
.
Resepi: Kak Rohana Sulaiman
Hidangan: Asmah Hashim...


Resepi dari Ucu Tipah..... ini la dia kek kukus 7up resepi dari Azlita Aziz tq ita sedap n lembut. cuma ubah dari 7 up ke Aiskrim soda...

Bahan2nya
5 biji telur A
220gm gula halus
1/2 sudu makan ovellete
150gm tepung naik sendiri(blue key)
150gm tepung gandum
180ml air 7up
2 sudu besar susu pekat manis
PERWARNA SUKA HATI
Caranya
Pukul telur n gula halus sampai kembang masukkan oveleete pukul lagi hingga gebu masukkan kedua2 tepung berselang seli dgn air 7up pukul sebati n last sekali masukkan susu pekat manis pukul sebati bahagi kan tiga bahagian n bubuh la perwarna ikut kesukaan masing2 n kukus selapis dulu dlm 7 minit masukkan yg kedua n seterusnya akhir sekali kukus selama 20minit atau sampai masak

by Asmah Hashim

Nasi Lemak Pandan

6 pot susu beras- Sukatan beras ikut jumlah ahli keluarga.
1 1/2 biji kelapa- ambil santannya- kalau nak lemak tambahlah lagi kelapa..
1 tangkai daun pandan- ambil 1/2 cawan airnya * blend.
2 inci halia- potong nipis
pewarna hijau - sedikit sahaja sebagai tambahan pewarna
garam secukupnya..

Caranya:
Sama macam masak nasi lemak biasa cuma tambahan pewarna itu sahaja... selamat mencuba..saya dah cuba anda bila lagi...

By Asmah Hashim...

ROTI NAIK PAHANG ( resepi dari TOK MAK)

Resepinya:-
Bahan-bahannya:-

1 biji telur
2 sudu besar susu pekat manis
3/4 cawan gula ( saya letak gula pasir)
2 sudu besar Marjerin
1 sudu kecil sortening
2 sudu kecil ibu roti @ Mauripan
500 gm tepung gandum cap sauh
300 Ml air - air ni dah dicampurkan sekali telur dan susu manis jadi 300 ml air.
1 sudu besar susu tepung sebarang jenis

Caranya:-

cara membuatnya saya ikut cara saya sebab dalam resepi yang saya ambil awal hanya ada cara menggunakan Bread Maker..( tak ada ) kenalah uli dengan tangan.

1.Tepung, ibu roti, gula di satukan.
2.masukkan shortening, marjerin dan gaul lagi sehingga sekata.
3.masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sampai menjadi doh, uli lagi, hempas, banting apa sahajalah asalkan ulinya menjadi gebu dan lembut, tidak melekit lagi.
4. Perap 1 jam biar naik sekali ganda
5. setelah sejam uli lagi, tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin...buat bentuk ikut suka kawan-kawan...saya perap lagi sejam..dia naik hampir penuh loyang..suka tengok .
6. sedia dibakar sehingga masak.
Kek Chiffon Koko
Apam Palkodot Versi Loyang

Bahan-bahannya:-
3 biji telur ( dari petis ais)
220 gm gula castor ( gula halus pun boleh)
150 gm susu segar / susu cair ( saya pakai susu cair)
275gm tepung gandum * di ayak
1 sdt ovelet
1 sdt Serbuk penaik atau baking powder * di ayak, saya ayak bersama tepung gandum.
Intinya ikut suka puan-puan..saya letak sekaya.
oleh kerana saya tidak pakai papercup jadi faham-faham je le...

Caranya:-
1.Pukul gula, telur dan Ovelet sampai kembang dan gebu.
2.Masukkan susu dan putar lagi, masukkan tepung yang sudah diayak bersama serbuk penaik dan putar perlahan.
3.Bahagikan kepada warna kesukaan atau bentuk yang ingin dihasilkan saya tak pandai nak buat bentuk apa-apa pun jadilah seperti di atas..jangan ketawa tau...
4.Sediakan acuan lompang dan isi paper cup.Ini bagi yang menggunakan papercup ya..
5..saya letak dalam loyang..mula-mula tuang satu lapisan kena bagi tebal sikit ye...lepas tu letaklah inti..kemudian tambahlah selapis lagi dan tutup permukaan inti tadi..lepas tu buatlah polkodotnya,,tak pandai juga nak buat..jadi tak cantik pun...asalkan boleh makan dan berani mencubakan..
6. Letak separuh adunan ke dalam papercup itu dan letak intinya kemudian tutup dengan adunan sampai penuh cup bolehlah design apa sahaja yang menjadi kesukaan puan-puan...
7.Kukus sampai masak atau lebih kurang 10 minit...selamat mencuba ya..

by Asmah Hashim

Inilah kuihnya Sahabat-Sahabat Ta'aruf...Kuih CARA Manis dan Kuih CARA Berlauk...
Saya pakai adunan yang sama untuk ke dua-dua CARA ni.

Bahan-Bahannya;
7 cawan santan dari 1 1/2 biji kelapa
6 cawan tepung gandum kalau suka keras
tambahlah lagi.
4 biji telur
pewarna..saya letak air daun pandan untuk CARA MANIS dan pewarna kuning telur untuk CARA BERLAUK..
sedikit garam...
GULA untuk CARA MANIS...
Minyak untuk gris acuan kuih cara tadi...

Caranya..:
1.Satukan semua bahan kecuali air pandan dan pewarna kuning blend sampai sebati..
2. Bahagikan kepada dua warna kesukaan puan-puan dan sedia untuk dituang ke dalam acuan yang sudah dipanaskan dan di gris dengan minyak..


Ini inti cara berlauk..mudah dan ringkas. Inti Cara Berlauk stail Asmah Hashim...

Bahan-Bahannya:-
1 keping dada ayam di potong kecil-kecil
1 sdb Lada hitam*
1 sdb Jintan manis*
* tumbuk sampai lumat
1/2 biji bawang besar dimayang halus
1 biji cili besar juga di mayang halus
satu tangkai daun sup/bawang di mayang halus
kalau nak pedas tambah cili padi di mayang halus.
garam, serbuk kunyit dan sedikit serbuk perasa jika suka
1sdb minyak untuk menumis.

Caranya:-

1.Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang ditumbuk tadi.
2.Masukkan isi ayam. tambah sedikit air untuk masak isi ayam tersebut.
3.Masukkan cili, bawang yang telah dimayang halus kacau seketika.
4.Masukkan serbuk kunyit, garam, serbuk perasa, masak sehingga kering.
5.Akhir sekali masukkan daun bawang dan daun sup dan angkat...sedia untuk digunakan...
By Asmah Hashim


Bingka Tepung Gandum Pandan

Bahannya:-
8 cawan santan- dari 1 1/2 biji kelapa
6 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan gula- kalau suka manis tambahlah lagi
5 biji telur
satu sudu kecil garam
1/2 cawan air pandan yang diambil dari daun pandan yang diblend dan di ambil airnya dan sedikit pewarna hijau - ini untuk bingka pandan
1 sudu besar pewarna kuning - untuk bingka biasa
bijan ikut suka puan-puan nak letak banyak atau sikit.

Caranya:-
1.Masukkan semua bahan dan blend..bahagia dua bahagian,
2.satau bahagian letak pewarna hijau dan air pandan tadi. dan taburkan bijan...
3.satu bahagian lagi letakkan pewarna kuning.taburkan bijan..
4.panaskan oven 170 darjah celsius dan bakar sehingga masak.

Kalau saya buat untuk dapatkan garing setelah masak saya gunakan api atas sahaja...
By Asmah Hashim


Bee Hon Goreng Singapora...Ala Asmah Hashim

Bahan-bahannya:-
1 bungkus bee hon
3 sudu besar lada hitam
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih - diblend sehingga halus.

1 batang lobak merah
suku biji kobis
4 batang sawi
1 bungkus fish cake
udang/ayam- sebagai rencahnya ikut suka puan-puan ya...
3 biji telur - jika suka letaklah...
2 sudu serbuk pati ayam.
3 sudu besar minyak untuk menumis
1 gelas air
garam

caranya:-
1.bee hon di rendamlah dulu sehingga lembut.
2.Panaskan minyak, tumis bahan-bahan yang sudah diblend tadi sehingga garing sedikit
3.masukkan, bahan-bahan rencah seperti ayam, sotong, udang atau apa sahaja yang berkenan di hati puan-puan , masukkan air, serbuk pati ayam, garam, biarkan mendidih.
4.masukkan sayur-sayuran tadi, fish cake dan akhir sekali bee hon..masak sehingga lembut dan sebati..sedia untuk dihidangkan..selamat mencuba ya...ada orang letak sos tiram..jika suka boleh juga..
By Asmah Hashim


Ini resepi Kak Rosnah Abu Bakar...

Kueh Getas Pulut
Bahan:
1 cawan tepung Pulut
1 cawan kelapa parut
Sedikit garam
Air untuk membancuh sekadar boleh dicanai/terap
Minyak masak untuk menggoreng..
2 sudu besar gula pasir untuk menyira kuih dicampur sedikit air sejuk..

Cara:
1. Satukan bahan2 dlm mangkuk kecuali gula pasir.
2. Bancuh tepung, kelapa parut dan garam
3. Terap adunan/ saya canai dan potong dengan pisau m tabur tepung supaya tidak melekat.
4. Goreng hingga kekuningan.
5. Dalam kuali yg sudah diketepikan minyak/simpan, taruh gula dan sedikit air.
6. Kacau hingga pekat dan berbuih....kemudian masukkan kuih Getas pulut kedalam air gula dan kacau sampai ia kering dan gula bersalut pada kuih..
7. Sejukkan dan bolehlah dihidangkan bersama teh O .


Resepi:- Masak Lemak Cili Api Ikan Tongkol
Bahan-bahan:
Seekor ikan tongkol potong ikut suka ..
10 biji cili padi - kalau nak pedas tambahlah
2 batang serai
seinci Halia
2 Ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 biji kelapa - ambil santannya
2 keping asam keping
garam. serbuk kunyit, letak kunyit hidup pun boleh serbuk perasa kalau suka...

Caranya :

1.Semua bahan di Blend lumat kecuali santan
2.Masak santan. asam keping, serbuk kunyit, garam dan serbuk perasa bersama bahan blend tadi sehingga mendidih dan sebati.
3. masukkan ikan kacau sebentar dan biar ikan masak baru diangkat dan dijamu kepada keluarga...

SAYUR BUNCIS GORENG BERLADA BERSAMA HATI AYAM
Bahan-bahannya:-
5 ketul hati ayam 5, ketul pedal
200 gram kacang buncis di potong serong
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 inci halia -
1/2 kecil lada hitam
secubit jintan manis
garam, serbuk kunyi
cili padi potong kalau mahu pedas blend sekali dengan bahan-bahan lain di atas
minyak untuk menumis.

Caranya:-
1. Blend sehingga lumat, bawang besar, bawang putih, halia, lada hitam dan jintan manis
2-panaskan minyak, tumis bahan-bahan tadi sehingga garing, masukkan cili padi potong,
3.masukkan hati ayam dan pedal yang telah dipotong kecil-kecil. Biarkan sebati dan garing sedikit.
4. Masukkan kacang buncis, kunyit serbuk, garam dan air.
5.Masak sehingga kacang itu lembut dan bolehlah dihidangkan.....


Cream Cheese Cup Cake dengan Pisang oleh Ct Noey
Bahan-bahannya:
250 gm Butter
125 gm Cream Cheese
1 cawan gula kastor 0r gula perang
4 biji telur
1 sudu esen vanila
2 cawan tepung naik sendiri
2 sudu besar susu segar
1 cawan pisang yang telah dilecek.

Caranya:

1.250gm butter..125gm cream cheese..1 cwn gula kastor or gula perang..pukul smpai sebati..
2.masukkn telur sebiji demi sebiji sebyk 4 biji..
3.masukkn pula esen vanila..kacau lagi..
4.masukkn tepung naik sndiri ckit2 sebyk 2 cwn(akak lbh suke gn tepung naik sndiri)..2 sudu besar susu segar(terpulang ye)..
5.dh kacau sebati,baru masukkn 1 cwn setgh pisang yg tlh di lecek terlebih dulu..kacau lagi..then,masukkn adunan ke dln acuan paper cup..bkr dgn suhu 180'c selama 25min - 30min..sekian selamat mencuba...
By Ct Noey


Salam dan Selamat Pagi sahabat-sahabat di Ta'aruf....Hari ni sarapan Mee Goreng Basah sahaja stail saya.. Resepinya:-

Bahan-bahannya :
1 bungkus Mee ( di tempat saya sekali masak 4 bungkus)
2 sudu besar cili sos
3 sudu besar kicap mee
2 sudu sos tiram
2 ulas bawang putih - dicincang untuk ditumis
udang/ayam/sotong - apa sahaja rencah yang Sahabat-sahabat minati dan suka..nak letak banyak pun boleh..ikut suka sendiri
3 keping Fish cake
1 tangkai sawi
sedikit kobis
segenggam taugeh
air
2 besar minyak untuk menumis

caranya:
1.Mee di basuh untuk menghilangkan bahan yang kurang enak yang ada di dalamnya. - ditos dan diketepikan
2.Panaskan minyak dan tumis bawang putih yang sudah dicincang halus.tumis sehingga kekuningan
3.Masukkan sos cli. kicap dan sos tiram masak seketika.
4.masukkan bahan perencah seperti udang/sotong/ ayam atau daging.
5..masukkan 1 cawan air biarkan mendidih.masukkan serbuk perasa jika suka atau kiub pati ayam.
6.masukkan Fish cake, kobis dan sawi, balik-balikkan biar mendidih semula dan masukkan mee, kacau lagi. Akhir sekali baru masukkan taugeh dan tutup api....bahan ditambah jika meenya ditambah menjadi lebih dari sebungkus. Mee ini tak pedas kerana nak jamu anak-anak, selalunya kalau nak pedas saya akan ptong cili padi letak kicap dan asam limau...silalah mencuba, mudah dan ringkas.
By: Asmah Hashim...


Assalamualaikum Sahabat-sahabat di Ta'aruf...Beranikan diri membuat APAM ICE- CREAM..percubaan pertama, tak cantik sangat..jenuh gak nak membuatnya tapi kerana ingin juga mencuba, buat jugalah memang sedap, lembut dan gebu..Terima Kasih kepada tuan punya resepi Noraslinda Bungal..

BAHAN A:
250 gram gula kastor
1 sudu besar ovallet
3 biji telur Gred A

BAHAN B:
300 gram tepung gandum
1 sudu teh baking powder

BAHAN C:
200 ml air gas ice cream soda
1 sudu teh esen ros(x nak bubuh pun x pe)

BAHAN-BAHAN LAIN:
Kertas pembungkus makanan(digunting,jadikan bentuk kon mengikut size yg dikehendaki,pastu stapler atau solytape)
Beberapa jenis pewarna
Coklat masakan
Coklat rice

CARA MEMBUATNYA:
Pukul BAHAN A sehingga kembang dan gebu
Masukkan BAHAN B sedikit demi sedikit diselangi dengan BAHAN C,pukul lagi hingga betul2 gebu
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan setiap bahagian mengikut pewarna kesukaan
Panaskan kukusan,cucuk kon kertas tadi ke dalam lubang periuk kukus(pastikan keadaan kon betul2 tegak,jgn cucuk kesemua lubang,nanti wap x naik,apam jd x masak)
Masukkan adunan secara berselang-seli mengikut warna dan kreativiti masing2(saya masukkan adunan ke dalam piping bag supaya adunan senang dipicit ke dalam kon dan x comot)
Kukus selama 15 minit atau sehingga masak dengan api sederhana
Bila dah masak,sejukkan dulu sebelum keluarkan apam dr kertas
Keluarkan apam dr kertas secara perlahan2 supaya ekornya x patah/tercabut(sebab apam ni lembut dan gebu)
Cairkan coklat masakan secara double boil,celupkan bahagian atas apam ke dalam coklat masakan kemudian celupkan pula coklat rice
-Sedia dihidang selepas coklat masakan mengeras
HIDANGAN : Asmah Hasim
RESEPI : Noraslinda Bungal


Kek Anggur Blackcurrant dan Epal.

Bahan-bahannya:-
5 biji telur
200 gram gula
250 gram butter
200 gram tepung naik sendiri
1 biji epal dibuang kulitnya dan dipotong menyerung
1 sdt Ovelet
1/2 cawan susu cair
1 cawan jem anggur - saya buat sendiri. Blend gula dengan satu mangkuk anggur blackurran.campurkan sedikit air dan masak sehingga pekat

Caranya:-
1. Putar gula dan telur sehingga kembang
2.masukkan telur dan putar lagi.
3.Masukkan ovelet dan putar lagi
4.Masukkan susu cair dan anggur blackcurrant yang telah dijadikan jem itu .putar lagi
5.Masukkan tepung. Putar lagi sehingga sebati.
6.gris loyang dan letakkan kertas, susun epal yang telah dipotong tadi ke dalam loyang dan tuangkan adunan tadi.
7.Masak dengan api 170' c dan 45 minit atau sehingga masak..selamat mencuba

By Asmah Hashim