Pages

Followers

Wednesday, July 11, 2012

Koleksi Masakan Rosnah Abu Bakar

Rosnah Abu Bakar
BENGKANG GANDUM PANDAN

3 cawan tepung gandum
11/4 cawan gula (ikut manis)
7 helai daun pandan di blend dengan 2 cawan air
2 cawan santan pekat (Kak Ros masukkan dalam jug penyukat - santan + air daun pandan jadikan sukatanya 4 cawan)
4 biji telur - di buang pusatnya supaya tidak hanyir ( di kocak rata dengan garfu)
Sedikit garam
Sedikit pewarna hijau jika suka (kak ros bubuh 2 titik je)

CARA:

1. Dalam mangkuk gaulkan gula dengan tepung gandum .Lubangkan di tengahnya dan bancuh dengan telur dan air pandan+ santan tadi.

2. Adunan ini kak ros kacau sekejap atas api dalam periuk yg tidak melekat hingga pekat . Kemudian baru di masukkan kedalam loyang yang di bubuh sedikit minyak/mentega/minyak sapi.(mana2 pun boleh). Taburkan bijan di atasnya. Masukkan kedalam oven..

3. Panaskan oven 200C mengikut kepanasan oven masing2. Kak Ros punya dapur gas biasa je lama punya Takde api atas pun... Tadi kak Ros bakar selama 11/2 jam baru elok gareng di atasnya..

4. Kuih ni lembik sedikit tapi setelah sejuk esok baru cantik di potong. Tak suka jika keras kuih ni.

SELAMAT MENCUBA..
KEK APRIKOT
1 cawan majerin pelangi
3/4 cawan gula custer
4 biji telur
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh bicabonate soda
1/2 sudu teh esen pisang
1 sudu makan susu pekat
2 sudu makan susu segar dlm kotak - dibancuh dengan susu pekat
1/2 cawan aprikot kering - dihiris
1/2 cawan kismis hitam
1/2 cawan badam cincang

CARA:

1. Pukul majerin & gula hingga kembang
2. Masukkan telur sebiji2 pukul lagi hingga sebati
3. Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder & bicarbonate soda ke dalam adunan majerin tadi berselang seli dengan susu dan bubuh esen pisang.. Kaup balik dengan mengguna senduk kayu sahaja.. Hingga sebati. Akhir sekali masukkan buah aprikot & kismis.. Tinggalkan sedikit untuk hiasan di atas kek.
4. Lenser acuan dengan majerin dan tabur tepung. Kemudian masukkan adunan dan tabur buah aprikot, kismis dan badam.
5. Masukkan dalam oven kepanasan 180C hingga masak lebih kurang 45 minit..

SELAMAT MENCUBA!! Recepi by Kak Ros.
RESEPI FRUIT COCTAIL & SUMI SOS KASTAD

1 tin susu cair
1 tin air
3 biji kuning telur - dipukul dengan garfu
1 cawan gula pasir
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu tepung kastad
secubit garam
1 tin fruit cocktail
2 peket sumi anika warna - disimpan dalam frezer dahulu

CARA:
1. Satukan semua bahan kedalam periuk kecuali sumi & fruit koktail dan kacau dengan api sederhana hingga mendidih.
2. Sejukkan dan masukkan fruit coctail & sumi yg disimpan dalam frezer keluarkan dan dibelah dua.
3. Simpan semula kedalam peti ais... -dihidangkan ketika sejuk
SELAMAT MENCUBA : Resepi by Rosnah Abu Bakar












No comments: