Pages

Followers

Friday, November 21, 2014

TEPUNG TALAM JAGUNG TOLONG CARI SUAMIKU- ASMAH HASHIM


Rupaku tak cantik, tapi rasaku sedap.
Tepung Talam Jagung TOLONG CARI SUAMIKU!
Lapis bawah
Panaskan pengukus
1 cawan jagung mentah
2 1/2 cawan santan
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula.
Campurkan semuanya dan masukkan dalam talam, dan kukus sehingga masak
Lapis atas
1 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan santan pekat
Garam cukup masin
Tambah sedikit gula untuk seimbangkan rasa masinnya.
Bila lapis bawah sudah masak elok, masukkan lapis atas. Jika suka keras sedikit tepung talamnya, tambah sedikit lagi tepung pada setiap adunan.
Oleh kerana suaminya tak muncul-muncul, tepung talam buatan Mastura jadi tak berapa cantik, maklumlah hati sedang galau. Mastura seorang isteri yang baik, walaupun mertuanya tak suka, dia tetap cuba berbaik. Orang tua tetap orang tua, perlulah dihormati. Setiap hari Mastura sediakan makanan kegemaran Ashraf, air tangan isteri bukankah pengikat kasih. Ke mana suaminya menghilang? Kenalah dapatkan buku ini. Selamat mencuba dan membaca.

No comments: