Pages

Followers

Wednesday, July 11, 2012

Koleksi Masakan Zarin Hashim



~SAMBAL UDANG GORENG ASAM~

1/2 kg udang
4 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 inci halia (ditumbuk)
1 batang serai (dititik)
sedikit belacan (ditumbuk)
2 senduk cili mesin
4 helai daun limau
air asam secukupnya

~caranya~

~Tumis semua bahan yg ditumbuk & dititik termasuk cili mesin sehingga garing'
~ masukkan air asam , garam & aji secukup rasa. biarkan mendidih
~masukkan udang dan diarkan kuah menjadi sederhana pekat.
~sedia untuk dihidang.

Resepi oleh Zarin Hashim

Koleksi Masakan Anna Rohana

Koleksi Masakan Ucu Tipah


Koleksi Masakan Salmah Haron

Buah Melaka

sabsuka slmah style:
1/2 kg daging cincang-bersihkan dan gaul dgn halia/bwg putih kisar-ketepikan kejap
2 bj bwg besar-potong dadu
2 bj tomato-dadu
2 pokok saderi -dipotong2
2 cili hijau-belah 2 dan potong mereng
1 tin kecil tomato pure
3-4 smkn cili kisar
minyak sapi untuk tumis (xda pun boleh guna minyak biasa)
garam dan 2 smkn gula
3-4 smkn bwg goreng
caranya:
panaskan minyak dan masukkan daging kisar, kacau supaya xberketul dan masukkan cili kisar, tomato pure. kacau supaya serata. masukkan bwg besar, tomato, bwg goreng. lauk ni xla kering sangat..ada kuah ckit2. bila kuah dah agak pekat, masukkan daun saderi dan cili hijau potong tadi.
* enak dimakan dengan roti dan telur mata lembu. cubalah.


tauhu sumbat:
sosnya:
1 btg keledek yg sederhana besar-direbus
1-2 smkn cili kisar@ 5 tangkai cili kering)
1 smkn bijan yg disangai
2 smkn gula(kurangkan kalau rasa manis sgt)
secubit garam
2 ulas bwg putih
beberapa titis air limau kasturi
caranya:
kesemua bahan diblend hingga halus KECUALI bijan dan jus limau. kemudian direneh diatas api sampai mendidih dan masukkan bijan dan jus limau, kemudian bolehlah tutup apinya.


Bingka Durian:
3 bj telur saiz A
3 ulas durian-buang bjnya
13/4 cwn tpg gandum
3/4 cwn gula
31/2 cwn santan
1 sudu mentega@butter
secubit garam, esen vanilla, pewarna jg suka dan bijan
caranya:
-blend telur bersama gula
-masukkan santan, durian,tepung, garam, pewarna dan esen vanilla-putar hingga sebati
-masukkan butter kedlm loyang dan panaskan sekejap dlm oven yg dipanaskan terlebih dahulu.
keluarkan loyang dan masukkan adunan kedlm loyang.
bakar selama 1 jam-160c
*20 minit pertama akak gunakan api bawah sahaja, selebihnya api atas bawah
*selepas 20 minit membakar, taburkan bijan.
--selamat mencuba--


mee bandung untuk 1 mangkuk
secekak me kuning-cuci dan toskan
2 smkn cili kisar
2 bwg putih ketuk halus
1 smkn minyak untuk tumis
1 mangkuk air
hirisan daging
1 bj telur
1/2 ketul tauhu-hiris kasar
1 susu sos tiram
2 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
sayur2an-suka hati kita sy guna-sawi, karot, tomato
dan daun bwg/sup untuk tabur
bawang goreng -tabur
1 sudu kacang tanah kisar kasar-tabur
1 limau kasturi
hirisan cili merah-tabur
*sy xguna garam dan serbuk perasa
caranya
-panaskan minyak dan tumis bwg putih sampai naik bau. masukkan cili kisar dan kacau sekejap dan masukkan air.
-masukkan daging dan semua sos. bila dah mendidih pecahkan telur. biar samapi satakat mana kita nak telur tu masak. angkat telur dan ketepikan telur itu. masukkan karot. biarkan kejap.
-kemudian masukkan me dan sayur2an. last sekali masukkan tauhu. bila me dah agak masak tutup apinya. masukkan dlm mangkuk. letakkan telur diatasnya dan taburlah bahan2 tabur tadi dan hirisan limau. siap untuk dimakan.
-selamat mencuba-

lontong goreng:
nasi impit secukupnya-dipotong dadu
sambal ayam-isi ayam disiat2
bawang merah/putih -untuk tumis
2 sudu cili kisar
garam dan serbuk perasa(kalau suka)
sedikit kobis-dihiris
1 batang karot di hiris





Rendang Kerang: (xda sukatan..agak2 je)
kerang direbus dan kopek
cili kering-kisar
bwg merah/besar-kisar
sedikit kunyit hidup-kisar
serai-kisar dan serai titik
bwg putih-kisar
sedikit halia-kisar
kerisik
santan
minyak untuk tumis
daun limau/daun kunyit
garam serta gula.
caranya:
panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai naik bau, kemudian masukkan santan, kerang, serai titik, garam, gula, kerisik dan bahan2 lain kecuali daun limau dan daun kunyit. masaklah hingga kuahnya kering dan mengikut kepekatan yg kita suka. pada saat2 yg terakhir tu masukkan daun limau dan daun kunyit. sy hiris2kan halus2 daun2 tu.

Koleksi Masakan Rosnah Abu Bakar

Rosnah Abu Bakar
BENGKANG GANDUM PANDAN

3 cawan tepung gandum
11/4 cawan gula (ikut manis)
7 helai daun pandan di blend dengan 2 cawan air
2 cawan santan pekat (Kak Ros masukkan dalam jug penyukat - santan + air daun pandan jadikan sukatanya 4 cawan)
4 biji telur - di buang pusatnya supaya tidak hanyir ( di kocak rata dengan garfu)
Sedikit garam
Sedikit pewarna hijau jika suka (kak ros bubuh 2 titik je)

CARA:

1. Dalam mangkuk gaulkan gula dengan tepung gandum .Lubangkan di tengahnya dan bancuh dengan telur dan air pandan+ santan tadi.

2. Adunan ini kak ros kacau sekejap atas api dalam periuk yg tidak melekat hingga pekat . Kemudian baru di masukkan kedalam loyang yang di bubuh sedikit minyak/mentega/minyak sapi.(mana2 pun boleh). Taburkan bijan di atasnya. Masukkan kedalam oven..

3. Panaskan oven 200C mengikut kepanasan oven masing2. Kak Ros punya dapur gas biasa je lama punya Takde api atas pun... Tadi kak Ros bakar selama 11/2 jam baru elok gareng di atasnya..

4. Kuih ni lembik sedikit tapi setelah sejuk esok baru cantik di potong. Tak suka jika keras kuih ni.

SELAMAT MENCUBA..
KEK APRIKOT
1 cawan majerin pelangi
3/4 cawan gula custer
4 biji telur
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh bicabonate soda
1/2 sudu teh esen pisang
1 sudu makan susu pekat
2 sudu makan susu segar dlm kotak - dibancuh dengan susu pekat
1/2 cawan aprikot kering - dihiris
1/2 cawan kismis hitam
1/2 cawan badam cincang

CARA:

1. Pukul majerin & gula hingga kembang
2. Masukkan telur sebiji2 pukul lagi hingga sebati
3. Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder & bicarbonate soda ke dalam adunan majerin tadi berselang seli dengan susu dan bubuh esen pisang.. Kaup balik dengan mengguna senduk kayu sahaja.. Hingga sebati. Akhir sekali masukkan buah aprikot & kismis.. Tinggalkan sedikit untuk hiasan di atas kek.
4. Lenser acuan dengan majerin dan tabur tepung. Kemudian masukkan adunan dan tabur buah aprikot, kismis dan badam.
5. Masukkan dalam oven kepanasan 180C hingga masak lebih kurang 45 minit..

SELAMAT MENCUBA!! Recepi by Kak Ros.
RESEPI FRUIT COCTAIL & SUMI SOS KASTAD

1 tin susu cair
1 tin air
3 biji kuning telur - dipukul dengan garfu
1 cawan gula pasir
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu tepung kastad
secubit garam
1 tin fruit cocktail
2 peket sumi anika warna - disimpan dalam frezer dahulu

CARA:
1. Satukan semua bahan kedalam periuk kecuali sumi & fruit koktail dan kacau dengan api sederhana hingga mendidih.
2. Sejukkan dan masukkan fruit coctail & sumi yg disimpan dalam frezer keluarkan dan dibelah dua.
3. Simpan semula kedalam peti ais... -dihidangkan ketika sejuk
SELAMAT MENCUBA : Resepi by Rosnah Abu Bakar












Koleksi Masakan Norsiah Mohd Nor

Koleksi Masakan Mimie Adrenanlinku Ahmad Latif