Pages

Followers

Monday, September 8, 2014

KEISTIMEWAAN ZA' FARAN


Za’faran atau Saffron adalah sejenis pokok herba dari keluarga Loridacces. Ia mempunyai khasiat dan nilai komersial yang tinggi sehingga dikategorikan sebagai antara rempah yang terbaik, terwangi dan termahal di dunia.

Antara khasiat Za’faran berdasarkan kitab-kitab perubatan Islam ialah:

1. Mencerdaskan minda dan menyembuhkan masalah kulit.
2. Mengubati penyakit radang paru-paru, sakit tekak dan tonsil.
3. Menghindarkan demam, batuk, selsema, migrain, asma, muntah-muntah dan penyakit buah pinggang.
4. Membantu menyelesaikan penyakit sawan dan insomnia.
5. Membantu membuka selera makan.
6. Mengubati masalah bengkak hati.
7. Memudahkan penghadaman dan menghilangkan bau mulut.
8. Membuang angin dan asid yang berkumpul dalam perut.
9. Mengatasi masalah sembelit.
10. Menguatkan ingatan dan menghilangkan keletihan.

KHASIAT DAUN KUCAI


INFO RASA: KHASIAT DAUN KUCAI

1. UBATI SAKIT TEKAK & SAKIT PERUT
Kucai dipercayai mampu melegakan sakit tekak. Ia juga mampu melegakan kesakitan perut yang ringan.

2. ELAK SERANGAN JANTUNG
Kucai dikatakan mampu melindungi diri daripada penyakit jangung, strok dan juga mampu membantu tubuh menentang bakteria yang menyebabkan penyakit.

3. MEREDAKAN SENGGUGUT
Kucai juga mampu mengubati senggugut, penyakit keputihan, darah tinggi dan sembelit. Selain daripada itu, herba ini juga dikatakan mampu meningkatkan kebolehan tubuh mencerna lemak.

4. MERANSANG SELERA MAKAN
Kucai diaktakan mampu merangsang selera makan. Selain itu ia dikatakan boleh membersihkan hidung tersumbat, mengurangkan kembung dan mencegah nafas berbau.

5. EJEN ANTISEPTIK
Kucai bertindak sebagai bahan antiseptik untuk membunuh bakteria jahat yang terdapat dalam usus dan menjadi perangsang dalam proses pengecutan serta pengembangan usus.

6. SUMBER VITAMIN C
Kucai mengandungi vitamin c yang mampu mencegah selsema dan
berupaya mempercepatkan penyembuhan dengan cara membantu tubuh mengeluarkan mukus/lendir. Ini adalah sebatian sulfur dalam kucai adalah ekspektoran (perembes kahak) semulajadi.

7. MENURUNKAN TAHAP KOLESTROL
Penyelidikan saintifikmenunjukkan bahawa kucai mampu merangsang tubuh mencerna lemak. Oleh yang demikian, pengambilan kucai secara kerap mampu membantu merendahkan tahap kolesterol dalam darah.

Kredit; Majalah RASA

KENALI KETAM


Tahukah anda ketam ada jantan dan betina?

Cara untuk mengenalnya adalah dengan melihat pada bahagian kulit di bawah badan ketam. Jika lebar, ia adalah ketam betina & jika sebaliknya, ia adalah ketam jantan.

Kredit:   Majalah  Rasa.

Thursday, September 4, 2014

KHASIAT PEGAGA


INFO RASA: KHASIAT DAUN PEGAGA

Pegaga kaya dengan zat seperti protein, zat besi, vitamin A dan vitamin C. Di Malaysia terdapat beberapa jenis pokok pegaga seperti Pegaga Cina atau Pegaga Nyonya (biasanya berdaun kecil), Pegaga Daun Lebar, Pegaga Embun, Pegaga Kelantan, Pegaga Renek, Pegaga Salad, Pegaga Gajah dan Pegaga Brunei

Amalan memakan pegaga dipercayai boleh mengekalkan awet muda dan mengelakkan masalah kegemukan. Ia juga mempunyai kelebihan dalam memberi kesan terus kepada masalah tekanan darah rendah bahkan sering dijadikan sebagai ubat tradisional untuk mengembalikan keserian wajah.

Dari sudut perubatan misalnya, pegaga telah digunakan sejak zaman dahulu kala khususnya dalam sistem perubatan yang mengamalkan kaedah Ayurvedic di India dan kaedah perubatan Cina. Di negara India misalnya, pegaga digunakan dalam perubatan tradisional sebagai tonik yang mampu menguatkan daya ingatan dan mengubati penyakit nyanyuk. Manakala bagi masyarakat Cina pula, pegaga dijadikan penawar untuk mengubati sakit kuning, selesema, keracunan cendawan dan gigitan ular.

Sesuai dengan kebaikannya, pegaga sebaik-baiknya dijadikan ramuan dalam masakan seharian. Menjadikannya sebagai ulam dan jus adalah cara terbaik untuk anda menikmati khasiat pegaga ini.

KHASIAT DURIAN BELANDA


INFO RASA: KHASIAT DURIAN BELANDA

Mungkin ramai yang tidak mengetahui batang, akar, biji dan buah durian belanda (annona muricata, keluarga annona) mempunyai banyak khasiat untuk kegunaan perubatan tradisional dan moden.

Menurut kajian, durian belanda mampu merawat dan mengelakkan individu daripada mendapat penyakit kanser dan menyuburkan pasangan yang inginkan zuriat. Daripada segi perubatan moden, kajian mendapati bahan yang terkandung di dalam buah durian belanda boleh digunakan sebagai anti bakteria, anti kanser, anti tumor, astrigen dan penyakit saraf.