Pages

Followers

Tuesday, October 14, 2014

Spera atau Epok-epok - Rosnah Abu Bakar


1 cawan tepong gandum
sedikit garam
1 sudu kecil shortening (Ros guna Vanaspati keluaran Adela - pemeberian Mimah Yahaya frm Johor) - Tq Mimah..sedap!!
1 camca makan majerin pelangi
1.4 cawan air suam.
CARA

1. Dalam bekas campurkan tepung garam, shorterning, majerin dan gaul rata hingga jadi macam serbuk roti kemudian bancuh dengan air dan uli hinga licin dan sebati... Canai dan terap.Kemudian isi intinya serunding kelapa...

SERUNDING KELAPA (Inti ini sama dengan inti cucur badak sebenarnya)

2 cawan kelapa parut putih sahaja.
2 biji cili merah )
1 labu bawang besar ) dikisar
2 ulas bawang putih )
2 batang serai )
1/2 sudu teh jintan manis - ditumbuk halus
sedikit lada kisar jika nak terasa pedas
2 sudu makan udang kering - ditumbuk halus
sedikit minyak untuk menumis
garam dan serbuk perasa jika suka.
sedikit gula dan sedikit serbuk kunyit.

CARA:

1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis semua bahan yang dikisar hingga masak.

2. Masukkan sedikit air , garam, kunit dan masak hingga elok pecah minyak.

3. Masukkan udang kering dan tambah sedikit air...

4. Masukkan kelapa dan gaul rata dan masak hingga kelapa elok kering.

5. Masak dengan api perlahan hingga kering dan ringan...

SEKIAN... SELAMAT MENCUB

No comments: