Pages

Followers

Tuesday, November 3, 2015

SAMBAL BELACAN- AZLITA AZIZ


Sambal Belacan Paling Sedap!
Memang sedap sambal belacan ni. Caranya mudah dan ringkas. Apa yang menarik ita untuk mencuba kerana ia tidak menggunakan limau nipis atau limau kasturi, sebaliknya hanya menggunakan air asam dan cuka.

RESEPI SAMBAL BELACAN PALING SEDAP!

10 biji cili padi
2 biji cili merah ~ yg ni ita tambah sebab cili padi ita semua warna hijau, takut warnanya tak menarik pula.
1 sudu besar perahan air asam jawa
2 cm belacan bakar
1 sudu kecil cuka ~ supaya sambal belacan tahan lama
garam
gula

Satukan semua bahan dan tumbuk lumat
Boleh guna lesung batu atau boleh guna blender kering
Enak di makan bersama asam pedas, lauk kari, sayur air atau masak lemak

Untuk resepi hidangan yang lain boleh singgah di sini : http://www.azlitamasammanis.com/

No comments: