Pages

Followers

Friday, October 17, 2014

NASI MINYAK AYAM

Nasi Minyak Ayam

30 ml minyak
40 gm minyak sapi
1 batang kulit kayu manis / 3 kuntum bunga cengkih / 2 kuntum bunga lawang / 2 biji buah pelaga (4-sekawan)
sedikit serbuk kunyit
6 keping kepak ayam
Air secukupnya
100 ml susu cair
3 helai daun pandan, dipotong 3 cm
500 gm beras Basmathi, direndam 15 min
250 gm lobak merah, dihiris halus
Garam secukup rasa
Tomato (dadu), gajus, pis, daun parsli (hiasan)

Bahan Kisar/tumbuk:
1 labu bawang besar
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm halia

Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak dan minyak sapi.
2. Tumis 4-sekawan, bahan kisar dan serbuk kunyit hingga wangi.
3. Bubuh kepak ayam, kacau hingga kering airnya. Tuangkan air dan tutup periuk. Keluarkan ayam bila ia masak.
4. Sukat air dan tambah menjadi 800 ml.
5. Jerang beras, air rebusan ayam, susu cair, daun pandan dan garam.
6. Bila mendidih, bubuh lobak merah.
7. Masak hingga kering air kemudian tutup periuk.
8. Hidangkan nasi dengan ayam dan bahan hiasa

COKLAT BERKACANG

COKLAT BERKACANG
25g mentega
50g mentega kacang kasar (crunchy peanut butter)
60g serbuk biskut
65g gula aising, diayak
225g coklat masakan
1 sb lemak sayuran

1. Cairkan mentega dan mentega kacang atas api perlahan. Padamkan api.
2. Masukkan serbuk biskut, kacau rata.
3. Tambah gula aising, kacau sebati. Angkat dan letak campuran atas foil dan bentuk memanjang seperti silinder. Letak dlm peti sejuk.
4. Cairkan coklat dan lemak sayuran dlm mangkuk (letak mangkuk atas periuk air mendidih). Kaedah ini dikenali sebagai 'baine marie'.
5. Bila coklat cair, angkat dan sudukan ke dalam cawan kertas atau foil.
6. Potong mentega kacang tadi, letak di tengah-tengah coklat. Sudukan lagi coklat untuk menutupinya.
7. Letak dalam peti sejuk. Bila keras, keluarkan dari cawan kertas dan simpan dalam bekas bertutup

SHEPHERD'S PIE


SHEPHERD’S PIE
40 gm majerin
1 labu bawang besar, cincang
2 ulas bawang putih, tumbuk
400 gm daging cincang
½ biji cili Benggala hijau }
200 gm lobak merah } dadu
100 gm salderi }
1 camb herba campuran
1 tin tomato (425 gm), kisar
Garam secukup rasa

Bahan Atas
70 gm mentega
800 gm ubi kentang, rebus & lecek
100 gm keju Cheddar, parut (20 g untuk tabur)
2-3 camb susu cair
Garam, serbuk lada sulah

Cara membuatnya
1. Untuk bahan lauk: Cairkan majerin, tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan daging, kacau hingga berubah warna, bubuh cili Benggala, lobak merah, salderi dan tomato kisar.
3. Tutup periuk dan perlahankan api tetapi hendaklah dikacau sekali sekala hingga lobak separuh lembut. Bubuh herba dan garam, angkat.
4. Ratakan di dalam mangkuk tahan panas (boleh mengisi 1.75 liter).
5. Untuk atasnya: Satukan 50 gm mentega, kentang, keju, susu, garam dan serbuk lada sulah.
6. Ratakan ke atas daging. Boleh juga lorek dengan garfu di atasnya. Bubuh baki mentega dan taburkan keju.
7. Bakar pada 190 C selama 30-35 minit atau sehingga permukaannya keperangan

Tuesday, October 14, 2014

Cara lain buat menu telur yang menarik


Spera atau Epok-epok - Rosnah Abu Bakar


1 cawan tepong gandum
sedikit garam
1 sudu kecil shortening (Ros guna Vanaspati keluaran Adela - pemeberian Mimah Yahaya frm Johor) - Tq Mimah..sedap!!
1 camca makan majerin pelangi
1.4 cawan air suam.
CARA

1. Dalam bekas campurkan tepung garam, shorterning, majerin dan gaul rata hingga jadi macam serbuk roti kemudian bancuh dengan air dan uli hinga licin dan sebati... Canai dan terap.Kemudian isi intinya serunding kelapa...

SERUNDING KELAPA (Inti ini sama dengan inti cucur badak sebenarnya)

2 cawan kelapa parut putih sahaja.
2 biji cili merah )
1 labu bawang besar ) dikisar
2 ulas bawang putih )
2 batang serai )
1/2 sudu teh jintan manis - ditumbuk halus
sedikit lada kisar jika nak terasa pedas
2 sudu makan udang kering - ditumbuk halus
sedikit minyak untuk menumis
garam dan serbuk perasa jika suka.
sedikit gula dan sedikit serbuk kunyit.

CARA:

1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis semua bahan yang dikisar hingga masak.

2. Masukkan sedikit air , garam, kunit dan masak hingga elok pecah minyak.

3. Masukkan udang kering dan tambah sedikit air...

4. Masukkan kelapa dan gaul rata dan masak hingga kelapa elok kering.

5. Masak dengan api perlahan hingga kering dan ringan...

SEKIAN... SELAMAT MENCUB

Wednesday, October 1, 2014

NASI PAELLA- CHEF NORZAILINA NORDIN


Raya Aidiladha semakin hampir. Boleh cuba resipi ini untuk hidangan juadah raya nanti...
Tengah fikir nak masak apa untuk Aidil Adha ahad ni? Dah jemu dengan Nasi Briyani, Nasi Tomato, Nasi Minyak dll? Cubalah Paella, nasi yang terkenal di Spain.

PAELLA
3 1/2 cawan air rebusan ayam
Secubit saffron*
450 g tomato ranum, dibelah 6
Garam, serbuk lada hitam
3 sb minyak zaitun
1 labu bawang besar, dicincang
1 sb pes tomato
2 st paprika (serbuk cili)
85 g sosej, dipotong ½ cm
2 cawan beras, dibersihkan & tos
6 ekor udang besar, dibuang kulit
2 keping paha ayam (tanpa tulang), dipotong keping
1 cawan biji jagung (segar/dinginbeku)
Hirisan daun parsli

Cara membuat:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 225 C.
2. Jerang air rebusan dan serbuk kunyit hingga hampir mendidih.
3. Gaul tomato, 1 sb minyak zaitun, garam dan serbuk lada hitam di dalam mangkuk.
4. Panaskan baki minyak zaitun, tumis bawang bersama garam dan serbuk lada hitam.
5. Setelah 3-5 min, masukkan pes tomato, paprika dan sosej. Masak 1 minit lagi.
6. Campurkan beras, kacau 1-2 min.
7. Tuangkan air rebusan, masukkan udang, ayam dan jagung. Kacau.
8. Taburkan tomato dan jusnya. Ubah ke dalam ketuhar dan masak selama 15-20 min.**
9. Bila beras kembang, tutup api ketuhar dan biar selama 15 min lagi.
10. Hiaskan dengan daun parsli sebelum dihidangkan.

*Saffron boleh diganti dgn sedikit serbuk kunyit
**Langkah 8: boleh dimasak di atas api sederhana. Bila kering airnya baru ditutup dan diperlahankan api.

Petua- Unit Resepi Karangkraf dan Majalah RASA



Infused water sangat bagus untuk mereka yang sedang berusaha menurunkan berat badan. Ia merupakan satu alternatif bagi mengelakkan pengambilan gula yang berlebihan di dalam minuman.

1. Strawberi dan kiwi
Untuk kesihatan kardiovaskular, menguatkan sistem kekebalan, menurunkan gula darah, dan melancarkan pencernaan.

2. Teh hijau + daun pudina + limau nipis
Sesuai untuk pembakaran lemak, meningkatkan metabolisma, melancarkan pencernaan, mengurangkan sakit kepala, mengatasi susah buang air besar, dan menjaga kesihatan pernafasan.

3. Timun + limau nipis + lemon
Bermanfaat untuk mengatasi kembung perut , mengawal nafsu makan, mengatasi dehidrasi, dan menjaga kesihatan pencernaan.

4. Lemon+limau nipis
Manfaatnya sebagai sumber vitamin C dan meningkatkan sistem pertahanan tubuh.