Pages

Followers

Friday, November 7, 2014

BLUEBERRY PIE- ROSNAH ABU BAKAR

Di kongsikan dari album cuba-cubaan..hehe
BLUEBERRY PIE
Resepi buat by: Rosnah Abu Bakar n Resepi Asal dari sahabat FB tersayang: LadyItis Ov
BLUEBERRY PIE
Bahan Kulit Doh:
100 gm butter/majerin
42 gm gula custer
1 biji telur ayam
180 gm tepung gandum
30 gm tepung jagung
2 sudu makan cooking cream
1 sudu teh baking powder
CARA:
1. Satukan tepung gandum, tepung jagung, baking powder & gaul rata.
2. Gula dan butter di putar hingga kembang, kemudian masukkan telur, putar lagi hingga kembang gebu, warna seakan kuning lembut.
3. Masukkan cooking cream dan putar lagi dalam 1 minit sahaja.
4. Akhir sekali masukkan tepung sedikit2 dengan senduk kayu hinga habis dan gaul rata menjadi doh.
5. Masukkan doh yang dah siap kedalam plastik dan simpan didalam peti sejuk selama 15 minit. Kemudian keluarkan dan masukkan kedalam bekas kaca/loyang yang dilapik dengan kertas minyak dan tekan dengan jari.
6. Taburkan blueberry dan tuangkan sos filling yang dah siap keatas keliling buah.
Bakar dengan suhu kepanasan 185C selama 45 minit - 1 jam hingga masak, mengikut kepanasan oven masing2. (Kak Ros guna kepanasan 180C selama 45 min. - 1 jam)
BAHAN FILLING BLUEBERRY PIE
200 gm blueberry segar (atau blueberry frozen)
200 gm sour cream ( atau yoghurt tanpa rasa berlemak tinggi) - Kak Ros guna yoghurt je - plain yoghurt.
3 biji telur ayam
85 gm gula pasir
1 sudu teh vanilla
CARA:
1. Campurkan gula, telur dan gaul dengan garfu hingga rata sebati. Kemudian masukkan vanilla dan yoghurt (sour cream). Gaul menggunakan senduk kayu sahaja hingga sebati.
2. Kemudian tuangkan kedalam kulit Pie dengan blueberry tadi.
Sekian, selamat mencuba..... Alhamdulillah sedap!! tak rugi mencubanya...
RESEPI ASAL DARI LADYITIS OV

No comments: